Monday, September 28, 2009

new putrajaya mosque


































Friday, September 4, 2009

catatan seni - Kekeliruan Tampak – dalam penghayatan Seni Tampak

Penghayatan seni tampak kini telah berganjak kepada disiplin kritik pengucapan yang agak paradoxikal, kerana ia telah berhadapan dengan suatu fenomena baru mengenai pengucapan penghayatan. Keadaan perubahan yang berlaku ini atas kondisi kepada peningkatan ‘visuality’ (penghayatan tampak) dalam kemelut dan cabaran persekitaran budaya kontemporari yang dihadapi. Persoalan baru terhadap sesuatu isu telah menyangkal banyak perkara dalam kehidupan masyarakat dan desakan daripada situasi yang ada memaksa meminda ruang yang lama kepada suatu ‘currency visuality’ (persepsi umum) dengan kuasa pengucapan bentuk yang berpandukan kepada media baru (new media), secara lebih interaktif. Paradigma ini berlaku atas persekitaran ‘visuality’ yang ada, di mana banyak mempersoalkan kepada suatu teks pengucapan yang lebih kritikal terhadap media yang dihasilkan, terutamanya sifat ‘internal coherence of the authors’ atau dalam bahasa lainnya suatu intipati bentuk rangkaian pemandangan pengarang tentang konsep (tanda, sistem, imej, subjek) atau sesuatu bidang (falsafah, sejarah, sains dan seni) kepada apa yang dikonsepsualisekan.
Perubahan daya penghayatan atas suasana yang baru membawa juga kepada pengiringan tentang perubahan ilmu seni dan sejarah seni. Pengwujudan persekitaran telah memaksa kepada suatu rombakan tentang perkara asas aspek penghayatan kepada produksi rejim pengetahuan yang bersandarkan identiti diri melalui konsep dan bidang yang diutarakan. Pembentukan rejim pengetahuan yang berlaku secara tak langsung menyoal kepada sistem pengajaran dan pengetahuan terhadap struktur interaksi yang bukan lagi duduk atas landasan ‘common sense’ atau interpretasi atas dasar ‘rasa’ tetapi diolah daripada objek yang dihasilkan mengikut asas formulasi diri dalam pengetahuan yang berbeza. Kini pengolahan sistem tanda berkembang kepada kuasa graviti pengetahuan yang sistematik dalam membentuk ilmu serta peranannya pada pembudayaan tampak dan medium yang diajukan. Medium bukan lagi sebagai bahan, tetapi ia merupakan teks yang menceritakan suatu ‘figuratif phenomenal’ dalam sesuatu ruang. Ia tanda kepada kuasa si penghayat dalam mengatur pengucapan objek kepada nilai komunikasi dan bagaimana bentuk pengetahuan ilmu komunikasi dapat digarap sebagai penyumbangan dalam membina pengetahuan yang ada.
Justeru, falsafah estetik hanya berperanan untuk membezakan media melalui kriteria dan mengaturnya mengikut nilai hairaki. Ertikata lain, suatu pengucapan mengenai susunan format persepsi mengikut identiti diri dalam mempamerkan kelunjuran tingkatan yang material dan bersifat sementara. Fokus utama sepatutnya lebih menitikberatkan sistem dan unjuran komunikasi mengenai media sebagai suatu makna dan diterjemahkan mengikut kerangka dan lingkungan komunikasi yang dibina. Dalam konteks ini, penekanan pengajian visual (visual studies) secara intrinsik merupakan sumber yang berperanan dalam menyingkap kepada persoalan ‘media sebagai makna’ dan hubungkaitnya dengan pembudayaan seni kontemporari. Agak malang, apabila seseorang hanya berbangga dengan pengolahan yang dikatakan ‘mengikut aliran semasa(kontemporari), padahal format yang dijelmakan telah menyimpang daripada kerangka yang sebenar. Dan menyedihkan lagi apabila literaturnya berada pada tahap yang konvensional. Penyimpangan yang berlaku disebabkan kedangkalan pelukis dalam memahami karakter bentuk(figural) sebagai suatu pengucapan makna. Oleh itu, terdapat suatu kekeliruan interpretasi mengenai apa yang digambarkan dengan apa yang diucapkan. Kedangkalan disebabkan format pengetahuan persepsi masih berlegar dalam nada ucapan mengikut ‘rasa’, di mana keseluruhan kenyataan tiada hairaki nilai yang boleh dijadikan asas perkembangan ilmu dan pembentukan minda budaya visual itu sendiri sebagai disiplin kritikan pengucapan. Kejayaan pengolahan hanya berkisar kepada genre semasa atas publisiti media dan perkembangan sejarah tampak untuk menjadi ikut-ikutan tanpa mengira politik seninya. Kehebatan yang ada adalah kehebatan bertukang dan melakar dalam memenuhi pangilan ekonomi, dimana sifatnya ia sesuatu yang amat menyeronokan.
Kelemahan dan kedangkalan dalam pengutaraan bentuk banyak bergantung kepada sifat kekeliruan yang ada di mana ia seringkali menemui jalan buntu dalam mengarahkan ucapan persepsi atas landasan komunikasi bermakna. Ucapan hanya sekadar ekspressi, dan bukan pernyataan bentuk secara dialogikal mengenai medium dan rahsianya. Kerana boleh dikatakan setiap ‘representation’ objek adalah ‘virtuallity’(maya). Saya beranggapan demikian kerana faktor bentuk bukan sesuatu yang berbentuk, ia adalah ilusi dan bayangan daripada sesuatu kejadian yang dijelmakan melalui pengucapan. Pengucapan adalah nadi kepada perkenalan bentuk yang berfungsi sebagai tanda tanya daripada apa yang direpresentasikan. Perkara ini berkaitan dengan permasalahan falsafah di mana inovasi dan ‘critical of concepts’ lahir seiring dengan kemunculan sejarah ‘media baru’(new media) sebagai rombakan kepada sistem visual. Intipati falsafah memerlukan persoalan baru dalam menangani permasalahan terhadap visuality bentuk kepada kewujudan media baru itu, terutama dalam pernyataan ‘currency visuality’.
Dengan aliran dan perkembangan media baru sudah tentu ia berhadapan dengan cara ucapan yang berlainan, kerana pengutaraan media bukan lagi bersifat dimensi yang mendatar tetapi ia telah berubah kepada ucapan berbentuk maya dalam tatabahasa ruang linguistik falsafah yang berbeza. Kerana pengutaraannya bukan lagi diucapkan dalam sistem estetik yang biasa tetapi suatu lonjakkan falsafah dan kefahaman yang seiring dengan medium yang digunakan. Oleh yang demikian saya melihat keseluruhan konsep perlu dirombak samada dalam pernyataan bentuk visualnya atau perbahasannya, disamping tradisi falsafah terutama daripada mana ia diutarakan, dalam erti lain punca kewujudan sesuatu medium itu lahir atau landasannya. Contohnya, pengucapan bahasa dalam penghayatan catan sudah tentu berbeza dalam pengutaraan installasi(seni pemasangan) kerana ia berhadapan dengan dimensi visual yang amat berlainan. Dalam pengutaraan yang berlainan ini, seseorang tidak mungkin lagi membaca mengikut sistem visual yang lazim, tetapi posisi ini memerlukan kepada dua perspektif kritism iaitu daripada sudut geneologikal estetik dan konsep pengkajian yang dihasilkan daripada new media(media baru) melalui kesan tanda bentuk (tubuh) dan budaya audio visual. Di mana era yang berlaku kini ia bukan lagi membawa kepada pengetahuan disiplin yang tertumpu kepada persoalan imej dan tanda, tetapi kepada era simulasi dengan kenyataan pelbagai gelombang disiplin.
Perubahan sistem wacana amat diperlukan dalam membawa penuntun membaca budaya visual kepada suatu terminologi pengucapan mengikut bahasa persekitaran. Cara melihat dan berinteraksi memerlukan istilah dan kefahaman secara ‘serious’ dimana ia bukan sahaja hanya tertumpu kepada kewujudan media baru (televisual dan digital art) tetapi kepada suatu penelitian terperinci kepada permasaalahan ‘social consequences’. Oleh itu, cara pengucapan dan pengetahuan yang diatur dalam ilmu seni melalui sistem pendidikan perlu ditingkatkan. Dengan adanya lodakan media baru, persoalan-persoalan terkini yang mendominasi ‘mass culture’ memerlukan suatu wacana mengenai peranan komunikasi, bentuk visual (representation) dan perpindahan ilmu(knowledge transformed) yang berteraskan pengucapan ‘science fiction’ dan simulasi – seperti mana terdapat dalam pendidikan, hiburan, perubatan, perhubungan komunikasi, dan pengangkutan di mana perpindahan dan penyusunan semula teknologikal dapat dijana dalam ruang sosial. Semoga pengetahuan dan anjakan maklumat ini akan memberi ruang inovasi dan penciptaan kepada pengalaman ‘of social time and space restructured by the communicational architecture of audiovisual culture’(D.N.Rodowick, 1994. Audiovisual culture and interdisciplinary knowledge) sebagai sumber dan menidakkan kedangkalan terhadap kekeliruan tampak sebagaimana yang berlaku, terutama dalam ‘the distributaion of signs’
*artikel ini telah diterbitkan dlm majalah Masa - Terbitan Oracel Sdn.Bhd

Wednesday, September 2, 2009

City of Poznan, Poland

a centre for culture and city of the art