Monday, November 30, 2009

ulasan pameran dan bicara seni raja shahriman - RHYTHM OF THE 21st CENTURY - MONOLOGUES OF RAJA SAHRIMAN















Rata-rata karya raja shahriman (RS) tiada banyak perubahan dari dulu. Mungkin beliau sudah selesa dengan teknik serta penampilan yang dianggap sesuatu yang brutal, vengeance dsbnya. ini dinyatakan sendiri oleh kurator beliau (juga kakaknya), bahwa kali ini raja shahriman bertempur umpama halilintar. besi-besi diolah dan diputar-putar melahirkan liuk lintuk gerakan persilatan. Disamping itu Tengku Elina menyatakan; 'Rhythm of 21st Century didasari konsep peperangan. Raja Shahriman mengungkap idea menggunakan kepingan fragmen peperangan seperti serpihan bom dan peluru untuk mereka arcanya. serpihan bom adalah simbol kemusnahan sementara peluru mewakili senjata pemusnah. Struktur elemen arca berdasarkan bentuk serpihan bom yang bersifat keras, tajam dan ganas. Namum karya dalam Rhythm of 21st Century sebenarnya bukanlah mengenai tindak tanduk peperangan itu sendiri tetapi sebaliknya ia adalah tentang sebahagian daripada sifat kemanusiaan ". Seperti juga tanggapan prof siti zainun, dalam bicara seni RS, beliau menyatakan karya-karya RS seperti mayat-mayat yang telah hangus bertaburan dan berkecai - seperti baru saja terkena ledakan bom. tapi itu adalah naratif dan simbolisma masing-masing dalam menceritakan sesuatu. malah kenyataan tengku elina agak bercanggah, dimana beliau berkata karya RS didasari konsep peperangan tetapi bukanlah mengenai tindak tanduk peperangan itu sendiri tetapi sebaliknya tentang sifat kemanusiaan. Soalannya mana satu harus diikuti.

Walaubagaimana pun, besinya kali ini agak kelainan, ia kelihatan dibaluti dengan warna hitam dan disirami dengan debu-debu keemasan. penceritaan tentang halilintar dan daging-daging hangus dan apa jua deskripsi yang diucapkan, saya belum pasti mahu mempercayainya. yang pasti RS meletakkan seluruh tenaganya bertutur dengan besi yang diliuknya. baginya besi adalah rakan yang boleh dibentuk mengikut apa yang dia mahu. Justeru, besi yang dibuatnya secara tak langsung berupa manusia atau seperti binatang dari angkasa lepas macam cerita 'alien'. Tetapi apa yang diceritakan sebagaimana apa yang diutarakan oleh kakaknya atau siti zainun tadi, mungkin rekaan mereka. tetapi secara 'real' apa yang saya nampak beliau adalah seorang pakar besi yang boleh mencipta apa saja dari 'besi' mengikut apa yang disukainya. itulah kelebihan dan kekuatan dari karya raja shahriman. mengenai sifat kemanusiaannya tentang masalah peperangan, bagi saya agak rhetorik. Yang saya kenal RS adalah seorang yang komited mengenai bahan yang digunapakainya. Bahan bagi nya adalah darah dagingnya untuk berekspressi. maka itulah ceritanya. Bagi saya sifat kemanusiaannya yang diucapkan olehnya adalah sifat RS sendiri mengenai cara ia berfikir mengenai dirinya dengan besi.

Bagi saya, kelebihan dan kekuatan semangat RS tentang besi perlu ditinjau. mengapakah beliau begitu taksub dengan besi yang diputarnya. saya rasa ini persoalan utama. mengapa beliau memutar besi seumpama beliau memutar 'plastersin'. apakah kelebihan tersebut? mengapa pula kali ini dicatnya besinya. adakah karya terdahulu 'kurang cantik' sebab tanpa cat? serta kali ini mengapa pula RS membuat painting? tidak kah bagi nya 'painting' adalah terlalu fragile berbanding dengan besi. adakah RS juga pakar membuat painting sebagimana ia membuat besi? bagaimana bahasa alamnya terhadap besi dengan bahasa alamnya membuat painting? (bahasa alam adalah perkataan yg digunakan RS semasa FORUMnya). atas dasar ini saya rasa RS perlu memastikan posisinya dalam berkarya?

Kerana dalam memposisikan bentuk karyanya, kita akan lebih memahami akan kekuatan RS terhadap apa yang dilakukan. Memang tidak dinafikan beliau diiktiraf sebagai pelukis terkenal, namun, saya masih tercari akan ketaksuban RS tentang apa yang dibuatnya. ini penting kerana ia telah berjaya meletakkan suatu disiplin terhadap benda yang dibuatnya, sebagai suatu bentuk karya yang dikagumi. mungkin RS perlu lebih jujur dalam menyatakan 'bahasa alam' nya dalam menyatakan ketaksuban melalui karya yang dihasilnya sebagai suatu tatapan dan cadangan perbincangan. bagaimana bahasa alam tersebut dibicarakan dalam posisinya serta bagaimana bahasa tersebut diolah dalam alunan besinya sebagai suatu pernyataan. bukan bahasa tersebut dinyatakan dalam bentuk 'adunan'. kalau adunan maka lahirlah kenyataan seperti yang disuarakan oleh kakaknya atau Prof siti zainun tadi.

maka tak heran berbuyun-buyun cara interpretasi akan keluar mengikut apa saja citarasa yang diinggini samada memuji atau mengeji. maka kelebihan RS dan ketaksubannya tidak diperjelaskan serta memberi implikasi pelbagai dan secara tak langsung akan merosakkan semangat yang ia ada.


komen mengenai Forum - Seni Arca dari kacamata sosial, budaya dan agama, pada 21 nov lepas di Galeri Petronas, KLCC - akan masalah halal haram nya sculpture.
















soalan pertama, mengapa kita membuat sculpture. soalan kedua, siapa suruh kita buat sculpture? sculpture dalam bahasa melayu dipanggil arca, kalau sesiapa yang tak faham dipanggil nya patung, atau kalau yang bersekolah sikit dipanggilnya objek 3D. kalau kita anggap sculpture itu patung maka jadilah patung, kalau patung selalunya dalam masyarakat melayu ada unsur 'puja'. kalau dikata 'arca' mungkin pandangannya berbeza, suasana kefahamannya lebih kepada persepsi estetika. kalau 3D mungkin terjemahannya bersifat saintifik. installasi mungkin pula tentang ruang. bermakna keseluruhanya bergantung kepada kefahaman. kalau kefahaman itu berunsur sesat maka sesatlah 'sculpture' yang dibina itu. maka kalau kita definisikan sebagai patung. maka orang yang membuat itu dianggap pembuat patung. diikuti pula oleh orang yang memahaminya sebagai objek patung, maka dia pun melihat nya sebagai 'patung' yang dibuat oleh sang pengkarya tadi. bagi saya sipembuat harus tahu apa yang dibuatnya, sepertimana juga orang yang melihatnya. oleh itu saya ingin kembali pada soalan pertama dan kedua seperti yang telah diajukan. Dimana kefahaman kita perlu di jelaskan dahulu serta bagaimana kita menghadapi situasinya. kerana yang mustahak kenapa karya itu dianggap penting, kalau tidak ia tiada bezanya dengan benda-beda arca lain yang kita sudah lihat.
Saya melihat interaksi komunikasi harus berlaku dalam menjelaskan apa yang dicapai. maka kalau tidak yang buat sesat dan yang tengok pun lagi bertambah sesat. itu sebab kurator akan berucap mengikut apa yang dirasa dan Prof siti Zainun menyuarakan apa yang dirasainya. belum lagi kita tanya berbagai-bagai orang samada tahu seni atau buta seni mengenai sculpture, patung, arca, objek 3D dan sebagainya. pernah kita tanya pandangan mereka?

akhirkata apa yang agak menarik dalam forum tersebut, mana terwujudnya 'sculpture melayu'. ini sesuatu yang seronok untuk di kaji.

Thursday, November 19, 2009

STEDEX'09

Stedex or sustainable tropical environmental design exhibition was officiated by prof radin omar at the foyer of cultural center UPM, malaysia. the exhibition was held in conjunction with the seminar on sustainable tropical environment on the 19th november 2009. it is a selection and collaboration of students and lecturers from architecture dept and landscape architecture dept from the faculty of design and architecture. the show was curated and designed by nasir baharuddin.










































basic 2Dimensional study in year One 2009 architecture dept

the aim of this project basically focus on two dimensional studies which emphasis on the understanding of material and basic design terminology. students involved and defined the selection of the tangible materials, inspired by nature in translating into physical and visual meaning.