Wednesday, April 6, 2011
Saturday, March 12, 2011
Senario dan corak penulisan : Kaitan dalam kajian di Malaysia
Tulisan ini dilakukan atas pemerhatian mengenai bentuk penulisan dan pengkaedahannya dimalaysia. Terutama dalam konteks hubungkait dengan senilukis Malaysia. ia lanjutan hasil daripada perbincangan dengan tgk Sabri melalui blog beliau off walls off pedestal.
Di Malaysia penulisan seni khususnya mempunyai berbagai pattern/corak: yang paling disukai adalah berbentuk descriptive. Kerana ia berpaksi pada huraian atau lapuran akan sesuatu event. Jadi tak hairan ia bersifat narrative. Refleksinya dalam bidang pengkaryaan seni, interpretationnya juga ia dilaksanakan secara naratif. Oleh itu scenario painting pelukis banyak berwajahkan illustrative. Dengan kata lain ia berbentuk penerangan, umpama lapuran akhbar. Ini bukan bermakna ia tak boleh dilaksanakan tapi yang penting apa significancenya dalam konteks social inquiry. Terutama dalam pembinaan ethical responsibility.
Perlu dijelaskan apabila sesuatu interpretasi dilaksanakan ia tertakluk pada representing socio-cultural meanings. Interpretationnya adalah terletak pada bagaimana seseorang ‘membaca’ atas apa yang dilihat. Kerana apabila ia dikaitkan dalam konteks seni visual ia tertakluk pada image based research dimana pendekatannya adalah secara semiotic, or social semiotics and multimodal texts. Khususnya apabila pelukis itu mengambarkan aksi sesuatu isu dalam masyarakat. Dalam seni lukis/rupa Malaysia, pengkarya jarang melihat ‘rupa’ atau’ imej’ sebagai suatu social semiotics. Ia hanya diangkat sebagai suatu event. Itu saya sering katakan seninya lebih bersifat narrative. Bukan representing meaning. Kerana apabila berpandu pada’ rupa’, interpretationya tak boleh lari daripada social semiotics yang dikutip daripada kefahaman visual anthropology. Soalannya adakah seni lukis Malaya berada dalam kondisi begini. Itu sebab ‘seni rupa malaya’ atau SERUM tak ada derumnya. Jadi tak heran sampai hari ini masih terpingga dengan hala tuju. Kerana kalau pelukis masih berpaksi pada interpretasi wajah ‘rupa’ atau ‘gambar’ maka sepanjang masa lah kita bermasalah. Ini pemerhatian saya, kerana rupa bukan untuk dihuraikan tapi perlu dimaknakan atas kapasiti sesuatu huraian.
Oleh itu dalam menjalankan operational terhadap ‘rupa’ ia memerlukan kepada pengkaedahan ‘observational’ and interpretation. Dan sudah tentu pelayaranya meredah kepada bidang falsafah dan persoalan hermeneutics, phenomenology dan discourse analysis. Dalam kancah perdebatan secara naturalistic inquiry dengan mengunakan pemerhatian/pengamatan secara konstruktif. Sebagai contoh, ‘isu rupa’ terletak pada huraian secara teoritikal yang agak etnografik – kerana kaedah etnografik secara literalnya bermakna menulis/menceritakan tentang sesuatu peristiwa, orang atau ‘rupa’. Olahan maklumat atau data images dirungkai melalui focus group secara naturalistic inquiry dalam kondisi discourse analysis. ‘RUPA’ dikupas secara pendekatan teoritikal dan bukan dibaca sebagai ‘lambang’.
lantas, kadang-kadang operationalnya agak ‘grounded’ bergantung pada sesuatu ‘case’, dan membentuk fakta/data secara explorative. Ini banyak dilakukan oleh clement Greenberg dalam penuisan seninya. Tapi dimalaysia kaedahnya hanya setakat chronological dan illustrative. Tidak secara groundednya. dimalaysia dalam hal ini untuk menampakkan lebih creative dan intellect ia diolah secara ‘penggunaan jargon’ – emphasis pada terminology. Bila tulisan banyak menggunakan jargon maka seseorang beranggapan lebih hebatlah ‘maknanya’.
Ada setengah tulisan berbentuk historical, berlandaskan fakta. Kebanyakan dilakukan oleh sejarawan seni. Methodnya adalah agak tertumpu pada life history and narrative approaches with chronological structures. Percaya dan taksub pada fakta. Oleh itu tak hairan kebanyakan historical life research berbentuk ‘data presentation’. Kaedah ini amat digemari di Malaysia. Ia terbentuk hanya pada bagaimana merancang data dan membina formasi pengetahuan dipersembahkan secara chronological. Bagi sesetengah orang ia amat membosankan. Ia cuma penting sebagai suatu dokumentasi material atau dipanggil archival research.
Seterusnya penulisan secara ‘impact’, impak disini bermakna menulis mengikut sesuatu isu, seperti persoalan gender- soal race, membina polisi, akta dan the politic of the art. Selalunya ia berguna bagi seseorang yang amat gemar pada field work sebagai action research. Jadi kalau kita nak bercerita pasal painting berkenaan kisah kaum lelaki/wanita, sifat perkauman, mencari identity dan sebagainya, jadi inilah paradigmnya. Kalau tak jangan perasan sengaja-sengaja nak buat cerita pasal perkauman dan identity.
Satu lagi tulisan berbentuk idea descriptions atas pembinaan kaedah secara constructive. Ia menjangkau daripada persoalan falsafah, hermeneutic dan seterusnya poststructuralism kepada psychoanalysis. Atau daripada structuralism (kaitan dengan pengalaman di Malaysia Ismail Zain) kepada poststructuralism – radical hermeneutics – yang jauh panggang dari api apabila kita kaitkan dengan scenario di Malaysia. Pelukis dan pengkarya perlu melihat dari kajian ini kalau mahu bercerita kepada pembinaan hala tuju secara progresif. Saya tekankan kerana situasi di Malaysia dan dunia amnya telah dirangka oleh system komunikasi berangkai dan jaringan informasi secara virtual dan simulasi. Suasana seni juga telah dirancang akan suatu predication on achieving rationality. Atau the reaity of actuality that reach us through fictional devices – berpaksi ada sumber ilham dan hubungan antara ‘intersubjective’ kepada ‘intrasubjective. Dan mengarap fiksyen as a screen for a desire. Berperwatakan ‘terbuka’ dan menerima ‘plurality as one’. SOALNYA DI MANA POSISI KITA(PELUKIS DAN PENGKARYA) SEKARANG DALAM MEMBINA SENI LUKIS MALAYA….tepuk dada tanya selera….kalau tidak buat je lah asal laku… cukup….yang mana .akhirnya berbalik pada soal bagaimana perspektif pengurusan di bentuk dan pengetahuannya dilaksanakan. Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dalam pengkaedahan ini kalau dilihat dalam dunia islam ia telah berlaku berkurun yang lalu, alghazali telah menghurai dalam ihya ilumuddin, ibnu arabi – alfutuyat al-makkiyyah yang menceritakan beyond fiction, atau sheikh abdul kadir jailani – the secret of the secret. Atau dalam kitab tajul muluk. Yang mana semua buku2 tersebut apabila dibaca …sampai hari ini tak faham-faham dan bersifat KABUR dan menimbulkan keraguan. Tapi alghazali pernah berkata ‘keraguan adalah suatu kenderaan bagi menuju kebenaran’. Hasilnya bagaimana dunia barat melihat islam sebagai suatu ‘seeking the truth’ dimana berduyun-duyun makhluknya memelok islam atas kapasiti discourse analysis dan inquiry.
hasratnya, semata untuk membentuk dan menyelongkar proses pengetahuan sebagai suatu perkembangan wacana dan bagaimana kesinambungan pengetahuan dapat dibentuk hasil dari cabang pengetahuan.
Cuma yang menuju kepada kebenaran tersebut perlu ada PEDASnya, kerana ia berupa perasa. Supaya ada rasa untuk berubah. Kalau tak pedas ia kurang enak, melainkan kalau seseorang itu ada penyakit buasir. Itupun sebab dia sakit, kalau tidak pedas itu SYOK….bergantung pada kuantiti pedasnya.
tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia perlu bangun dan berubah nasibnya sendiri. Hahahaha…….
Thursday, March 3, 2011
ulasan forum BMS2010
secara lalu boleh dikatakan kehebatan pemenang seolah tak berapa hebat dan saya yakin mereka cuma masuk-masuk untuk cuba mendapatkan hadiah dari hasil undian kawan-kawan. kerana tahun 2010 formatnya mengikut undi. namun dari reaksi panel dan penuntun rata-rata agak gusar tentang apa yang berlaku, kerana pendirian pun tak terjawab dan halatuju pun nampak kabur. nampak gaya nya seolah pameran ini tak memberi apa faedah. walaupun sesetengah mengatakan ia masih penting. pentiing tu saya rasa kerana mungkin mereka beranggapan mereka ada 'chance' untuk cuba menang lagi bagi tahun-tahun mendatangnya.
tapi dari forum tersebut ada yang mengatakan tiada excitement, kurang impact factor, artis kurang baca, ada kata tak baca sejarah, tak relevan lagi dan sebagainya. oleh itu saya cadangkan pihak tertentu agar tamatkan lah riwayatnya dan bina episod baru. penilaian ini penting dilakukan demi melihat seni tanah malaya ini lebih makmor dan memberi keuntungan yang berlipat ganda demi membina kekayaan budaya negara tercinta ini. amin
Wednesday, March 2, 2011
Sunday, February 6, 2011
Ruang, Subjektiviti dan Evolusi Pengkaryaan
Pada saat ini, lapangan kesenian mengorak beberapa ruang jaringan yang bukan berpusat tetapi bergerak dalam ruang cipta yang menembusi pelbagai arah. Ertinya seni berlaku dari keberhasilan konteksnya samada secara antroposentrik atau diaspora pemikiran secara mengalir. Pengerak seni mulai membuka tirai jaringan cipta kepada beberapa olahan yang bukan lagi statik malah ia mulai mengacau sifat penciptaan kepada bahasa jaringan yang bukan terduga. Sifat ‘subconscious’ yang bukan dirancang ini, menjadikan sebuah kenyataan permasalahan bahasa dan bentuk yang mungkin menarik untuk dilihat dan dibina. Hasil seni bukan lagi ditinjau dari ‘estatika’ yang bersifat ‘sesuatu yang indah’ tetapi ia mulai berpaling untuk menduga bagaimana ruang cipta dijalin sebagai aturan bahasa dan persoalan asas kepada bahasa tersebut sebagai pembinaan objek baru.
Gambar berperanan sebagai agen, oleh itu apa yang perlu dilakukan adalah melihat apakah subjek yang sepatutnya ada dari agen tersebut.
Jaringan-jaringan bahasa yang dirungkai membina kepada peta-peta komunikatif dari refleksi pencipta mengenai hasrat akan fikirannya untuk mencipta. Perencanaan kepada mencipta bukan sekadar proses gerak dari objek ‘a’ kepada ‘b’ malah berteras daripada ‘generic communicative’ dari apakah rencana bahasa sebagai aturan visualnya. Rencana bahasa mulai difahami sebagai suatu kefahaman membuat gambar melalui peta akal untuk melakar apa yang dilihat dan dibaca. Oleh itu bahasa persepsi bukan lagi dikongkong oleh cantiknya gambar yang dibuat tetapi ‘kecantikan’ itu dibina dari ruang cipta yang dibina oleh bahasa akal dalam menyusun bagaimana setiap ‘possibility’ objek dilihat daripada pengetahuan yang ada.
Sifat objek sememangnya agak sukar untuk ditutur atau juga difahami. Namun kesukaran tersebut dapat diinterpretasi jika objek cipta membuka ruang untuk diterokai dan ingin bertarung dalam mencari dan membuka pilihan-pilihan dalam memperlebarkan jaringan. Sifat objek berlegar bukan sekadar mainan persepsi yang bertindak sekadar ‘kata rasa’ tetapi telah mulai menjelajah kepada suatu ruang cipta daerah pemikiran dan iklim budaya bahasa yang wujud, terutamanya dari data pengalaman dan pengetahuan. Objek sekadar mainan-mainan ilusi yang bersifat kabur, ia hanya rangsangan untuk mata kepada perencanaan akal dalam menyatakan posisi apakah pengetahuannya yang dapat diterima akal.
Konsep naratif sepatutnya bertindak sebagai bahan kepada ‘generic communicative’ untuk meninjau apakah peluang-peluang baru yang mungkin boleh digerakkan. Ini lebih kepada menemukan apakah kemungkinan yang difikirkan, lantas dapat menjangkau kepada proses ruang dialetikal secara konstruktif. Peta minda pencipta sudah sepatutnya mulai beralih kepada persoalan kenapa ianya begitu? Atau mengapa ia menjadi begitu? Sebagai suatu kenyataan sifat kewujudan dan signifikannya. Bukan lagi sekadar bertindak ‘untuk memberi tahu’ atau dengan kata lain, pencipta sebagai ‘penyampai berita akan wujudnya objek’, tetapi ‘sifat naratifnya sesuatu kenyataan’ adalah lebih baik bagaimana ‘ruang-ruang cipta memberi kemungkinan untuk dicipta’ dari apa permasalahannya sesuatu objek. Perkara ini berkaitan kepada apa yang difahami sebagai ‘generic communicative’ yang diusulkan sebelum ini.
Justeru, pengamatan dan pengalaman fikiran kepada soalan asas ‘sifat wujud’ merupakan nadi kepada apakah kemungkinan ruang yang sepatutnya di isi. Mungkin merupakan suatu fenomena mengenai apakah pengalaman pencipta tentang apa yang dialami serta bagaimana ruang yang ada dapat dicoraknya sebagai suatu ‘extension of diversion’. Perkara ini mungkin akan menimbulkan kodifikasi dan bahasa secara ‘subconscious’ kepada tindakan dan refleksi yang akan dikonfrantasikan. Namun perlu dinyatakan perbincangan atas sifat konfrantasi bukan untuk bermaksud ‘demoralization oh thought’ tetapi konfrantasi dalam menemukan potensi yang ada sebagai proses wacana yang bersifat ‘generic’.
Saya berpandangan kedua ‘proposition’ ini patut difikirkan, kerana antara kedua persoalan tersebut terdapat suatu ‘ruang idea’ yang saya katakan sebagai ‘the gap’. ‘The gap’ iaitu ruang cipta yang bertindak sebagai ruang makna yang baru antara yang nyata dan apa yang didalam minda. Jika sekiranya masih ingin memberitahu apa yang sudah diketahui, maka apakah istimewanya ‘cerita’ yang ada, terutama dari apa yang telah diciptakan untuk dinyatakan sebagai suatu penemuan. “The Gap’ merupakan cadangan pilihan kepada penciptaan ruang cipta. Terutama dalam merancang sesuatu yang belum diduga. Ia sebagai suatu pengisian antara apa yang difahami atau diketahui dengan apa yang belum lagi diketahui. Ia mungkin sebagai suatu spekulatif antara ‘real’ dengan ‘unreal’ atas suasana untuk mengerak sifat ‘diversion’.
Wujudnya objek bukan bertujuan menceritakan gambaran objek, tetapi apakah perkara ‘objek’ itu difahami dan mampu untuk dianalisis. Bermakna bagaimana objek menjadi suatu ‘dematerialization’, yang bertujuan melihat sesuatu yang ‘absent’ sebagai intiti. Intiti kepada yang ‘absent’ menawarkan untuk mencari sesuatu yang ‘kelainan’, supaya perkara yang ‘present’ sekadar suatu manifestasi kesedaran tentang apa yang wujud. Namun yang ‘absent’ bertindak dalam menyumbangkan informasi disebalik nilai intrinsik akal yang ada dengan perkara yang ‘present’. Manakala yang ‘present’ bukan sekadar ‘the material’ tetapi sebagai sebuah objek ‘of consciouness’.
Maka sudah tentu ia cuma berhadapan dengan adengan naratif yang menjelaskan tentang gambar. Cerita-cerita gambar inilah yang didagangkan sebagai sebuah konsep yang sering dianggap pembinaan intelektual. Perkara tersebut membuatkan produk seni bersifat layu dan sering ‘tersangka-sangka’ mengapa seni tidak berubah atau kata lain ‘nampak boring’. ‘Nampak boring’ kerana benda yang dilihat menawarkan berita-berita yang sama dari masa kesemasa dalam komposisi yang berbeda dalam pandangan yang telah diketahui. Komposisi yang berbeda boleh dianalogikan sebagai pembaca berita yang membaca berita di saluran yang berbeza tapi beritanya tetap sama. Jadi dalam konteks seni kontemporari, karya bukan lagi bersifat sebagai penyampai berita, atau sekadar justifikasi mengenai proses kreatif membuat produk, tetapi ia menjurus bagaimanakah produknya sebagai interaksi komunikatif atau bagaimana kemungkinan ‘audience’ mengalami suatu nilai pengalaman dari apa yang dicipta dalam menghasilkan ‘interaksi makna’.
Oleh itu, pengalaman estetika bukan sekadar berhadapan produk yang dicipta sebagai sesuatu yang dilihat cantik, tetapi pengalaman tentang nilai bagaimana analisis persepsi mampu menjangkau ruang objek kepada sesuatu yang ingin dicipta. Hasrat kepada penciptaan boleh terjadi apabila kesedaran tentang ruang objek boleh dibentuk dari pengalaman yang bukan sekadar ‘empirical’ tetapi ia terbentuk dari ‘the production of proposition’ atau ‘the inquiry’. Pertanyaan mengenai fungsi bentuk dan ruang bertujuan membina suatu permasalahan kenyataan dalam hasrat menyelami bentuk objek kepada suatu ‘extension’ serta membentuk struktur perencanaan karya. Ia bermakna pencipta telah digerakkan oleh aliran akal (something triggered) dari fenomena persepsi (interface) kepada 'sesuatu' sebagai suatu refleksi. Di sini pencipta berkonfrantasi atau berdialog antara perkara sedia ada dengan apakah perkara yang ingin di syorkan. This reflexive practice is meta-analytic in focus and reveals the plurality of new views, - Graeme Sullivan (2005. Art Practice as Research)
Namun mengikut pengalaman seni visual di Malaysia, kebanyakan pengkarya mengambil objek sebagai tanda kepada bahan cerita. Dengan kata lain data imej diambil sebagai metaphor untuk membentuk sebuah naratif. Ia bukan dilihat sebagai suatu fenomena visual yang membentuk sebuah ‘pertanyaan’ sebagai sistem visual. Ia seolah merakam kembali apa yang dilhat dan hanya diolah sebagai suatu komposisi imej dan diatur mengikut ruang yang ada. Pengkarya hanya terpesona tentang gaya imej yang dianggap idea tanpa sebarang kontekstualnya. Erti lain ia hanya mengambil kembali apa yang dilihat dan dipersembahkan semula sebagai konsep karya.