Saturday, December 27, 2008

rencana karya bagi “Portrait of a Line” - 2008.

Perencanaan bentuk catan wujud daripada suatu sifat skima dan aturan objek yang bertujuan merangka struktur melalui bentuk ukuran dan garisan. Ukuran itu terbina dari sifat yang dirangka oleh digit dan garisan kepada objek yang berbentuk empat segi, bulat atau lonjong. Sifat garisan merupakan wajah yang dilihat samada secara ‘tangible’ atau ‘visible’ kepada suatu sifat pemetaan dan corak ilusi yang dibina. Bukan bertujuan membentuk permukaan tapi sekadar permukaan itu sendiri seba gai ‘object of vision’serta lapisannya. Wajah garisan merupakan alunan yang bersifat bukan lagi sekadar sesuatu yang berubah tetapi suatu investigasi terhadap kondisi sifat perubahan itu secara spesifik – mengambil daripada teori etiologi, iaitu suatu kajian ‘chemical’eksperimental, di mana ‘sejarah objek’ – (seperti bentuk garisan umpamanya) merupakan suatu komponan formasi ‘neurosis’ yang mana apabila kerangkanya terbentuk, ia bukan sebagai suatu proses ‘developmental’ – yang sering percaturannya agak historik, tetapi ia lebih kepada proses ‘perulangan’(repetitive) – bagi saya ia sentiasa bersifat ‘kekal’ dan terjurus. Bukan berubah atau katalain berpindah randah. Sifat pengekalan itu sendiri adalah merupakan kepercayaan atas struktur keseluruhan perencanaan dari wajah yang ingin dipaparkan dan sesuatu yang agak mistik. Samada sesuatu kerangka itu datang dari bentuk digit atau ukuran, skima atau dimensi, kesemuanya adalah objek pemetaan perspektif itu sendiri. Kata lain ia suatu pembentukan matrik pengetahuan (matrix of knowledge) sebagai ‘basic laws of knowledge’.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, Adakah bermakna setiap jalinan dan garisan mampu memberi maksud yang batin. T.kasih

    ReplyDelete