Wednesday, December 16, 2009

Melihat Karya Seniman Negara SYED AHMAD JAMAL

Dalam memperkatakan dan melihat hasil karya SAJamal, kita terpesona akan kehebatan beliau dalam mengolah serta memainkan warna dan bentuk-bentuk tiga segi yang berpaksikan semangat ‘fiction’ kisah lagenda puteri gunung Ledang, Gunung Fujiyama dan sebagainya. Disamping memaparkan unsur jiwa keislaman dalam tampak wadah ‘contemporary’, sebagaimana kenyataan beliau “My works have an Islamic soul and a contemporary form.” – Syed Ahmad Jamal – (Ooi Kok Chuen, 2009 SundayTimes). Antaranya juga, Syed Ahmad’s landscape and (early) portrait paintings were stamped with his personal input and style, with traces of analytical Cubism and Abstract Expressionism, before his art matured into a kind of sublimal Symbolism. Terutama semasa beliau memulakan langkah awal sebagai ‘Specialist Teachers Training Institute as principal (1965-73) before he did his master’s in Art History at the University of Hawaii, Honolulu, in 1973. He studied Philosophy in Islamic Art at Harvard in 1974 and that led to the subtle infusion of Islamic elements in his art, helped in part by the resurgence sparked by Ayatollah Khomeini in the early 1980s. Examples of such works are Tawaf (1986), Ruang Qiblat (2004) and Arafah (1999). (Ooi Kok Chuen, dalam SundayTimes Oct 4, 2009).
Beliau telah didedahkan dengan pendidikan dari dunia barat iaitu di Britain, at the Birmingham School of Architecture (1950) and the Chelsea School of Art (1951-55) dan di Amerika Utara “where he studied sculpture at the School of the Art Institute of Chicago, from 1963 to 1964,. There, he was struck by the works of Clyfford Still (1904-80), Mark Rothko (1903-70) and Hans Hoffmann (1884-1966) (Ooi Kok Chuen dalam SundayTimes, Oct 4. 2009). Berlandaskan akan latarbelakang tersebut sudah pasti beliau mempunyai pengalaman luas dalam selok belok senilukis samada pada peringkat negara dan antarabangsa. Retrospektif beliau kali ini merupakan kemuncak kerjaya senilukisnya sebagai seorang seniman yang begitu komited mengenai visi seninya.



















Walaubagaimanapun, apa yang tertariknya di sini, saya ingin mengambil akan ungkapan Ismail Abdullah bahwa jika melihat karya SAJ adakah kita menikmati kepuasan daripada bentuk dan warnanya yang garang dan berseri sahaja? Sebagai contoh, sebuah karya lukisan SAJ Gunung Ledang, walaupun dalam bentuk abstrak. Namun memiliki simbol melalui warna dan bentuk geometri yang cuba dikaitkan dengan legenda puteri gunung ledang di Melaka. Lukisan abstrak ini mempunyai elemen visual yang menyatakan pandangan pelukisnya melalui aspek tampakan yang diadun secara halus dan bijaksana. Karya lukisan abstrak expressionisme ini berjaya membayangkan perasaan seseorang yang hendak meminang puteri berkenaan dalam kisah lagenda sultan Melaka. Lukisan ini memaparkan mesej yang berfokus kepada kisah berkenaan. Namun pembacaan terhadap mesej ini amat sukar difahami memandangkan karya ini adalah sebuah karya abstrak yang rupa bentuk visualnya amat arbitrari dan kabur, tidak jelas ikon dan simbolnya. Lukisan ini tidak memaparkan kod atau indeks visual yang mempunyai rujukan yang jelas dalam sistem perlambangan budaya Melayu. – (Ismail Abdullah 2009 – Seni Budaya Media dan Konflik JatiDiri)

Kenyataan Ismail Abdullah (IA) membawa kepada persoalan yang jelas mengenai penggunaan kodifikasi serta pemaparan representasi SAJamal mengenai seni yang ingin dibawanya. Mengikut SAJamal, "As a painter, I want to capture the essence and immortalize it in painting." Soalannya, bagaimana beliau membina permasalahan ‘the essence’ dalam suatu permukaan catan yang terhad, daripada suatu lagenda melayu yang besar. Adakah ‘the essence’ yang diucapkan oleh beliau hanya sekadar membina fakta-fakta teks yang berlambangkan bentuk tiga segi (gunung) yang diimaginasikan dapat membina sebuah naratif visual yang tepat? Benarkah fakta-fakta teks visual tersebut bersifat begitu? Kalau benar, bagaimana fakta teks dari filem Puteri Gunung Ledang, karya Tiara Jacquelina dengan simbol visual yang dimainkan oleh SAJamal. Apa lebih dan apa kurangnya, sebagai suatu karya visual? Adakah karya maha agong SAJamal berupaya membina sejarah seninya berbanding cereka Tiara dalam wadah visual yang lebih efektif? Adakah sudah cukup lambang-lambang yang digunakan SAJamal sebagai suatu essence bagi keseluruhan penceritaan teks melayu yang besar itu?







Jendela diAngkasa (1969)






Tetapi apa yang dapat dilihat dari rencana visualnya, SAJamal begitu mahir dalam memercikan lapisan pelbagai warna-warni dalam dimensi formasi visual yang boleh dianggap sebagai ‘immortalize’ pada setiap karyanya. Mungkin dalam kaedah ini beliau berjaya, terutama dalam karya beliau yang awal, kerana pengaruh Rothko.M, Clyfford Still dan Hans Hoffmann begitu jelas diadaptasinya sebagai suatu perencanaan visual seperti catan Jendela di Angkasa (1969). Warna sebagai subjek yang meliputi seluruh ruang kanvas berjaya menangkap perspeksi dalam formasi kotak empat segi melintang, lantas membentuk perimbangan visual serta dilorek dengan fragmen-fragmen yang terapong memberi ‘myth’ dan tanda tanya secara saikologikal, seperti Rothko dan kawan-kawanya dalam aliran abstrak ekspressionisme. Mungkin dalam kontek ini SAJamal berupaya membawa aliran tersebut kedalam jiwanya dan mampu diterjemahkan sebagai seorang melayu! Tetapi dalam bahasa yang lebih universal. Sebagaimana kenyataan beliau, “I found American paintings bolder and of a larger scale, and they have no reference to any discernible objects, like a tree. It was ground-breaking, not only in terms of size, but I was able to handle the space. I managed to overcome the fear of (big) space, and juggled to find a balance between forms and space,” (Ooi Kok Chuen, 2009).


























Namun apa yang kita dapati daripada kenyataan nya, beliau seolah masih berpegang kepada aturan bentuk mujarad yang diadunkan secara formal. Kejelasan beliau mengenai kodifikasi fragmen-fragmen mujarad tersebut masih tidak jelas samada dalam konteks abstrak ekspressionismenya atau jiwa melayunya, terutama nada islam yang dijelaskan. “My works have an Islamic soul and a contemporary form.” (Ooi Kok Chuen, 2009). Bagaimana beliau menterjemahkan tanda-tanda tersebut, lebih-lebih lagi dalam cerekarama visualnya melalui siri-siri Gunung Ledangnya? Bagaimana pula semangat beliau dalam teks Rupa dan Jiwa dalam hal ini? Adakah teks tersebut hanya sekadar sebagai suatu dokumentasi objek sejarah yang mengagongkan rupa bendanya sahaja atau daripada rupa jiwanya? Lebih lagi dalam kaitan beliau pada aliran Abstrak Ekspressionism? Bagaimana SAJamal melihat akan perkara tersebut? Terutama dalam nada kontemporari yang diucapkan? Apa bezanya karya beliau yang dahulu kepada yang terkini. Adakah SAJamal masih mahu meretrospektif dalam gaya yang serupa?

12 comments:

  1. Menanti karya karya Tuan yang merakam alam untuk dijadikan bahan bicara seni. Selamat berkarya.

    ReplyDelete
  2. salam, insyaalah aku disusuri nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah jua pada Tuan Naser....
    semoga 1430 diampuni.... 1431 dilindungi & dirahmati. Aameen.

    ReplyDelete
  4. Hmmm… sebuah lagi cerita tentang Abstrak Ekspresionisme dan Warisan Agong Melayu! Karya-karya saya berjiwa Islamik dan berbentuk kontemporari… (terjemahan – my works have an Islamic soul and a contemporary form). Hmmm… Maka Tiara Jacquelina pun menaruh kepercayaan kepada Saw Teong Hin untuk menyuruh Ahmadi Hassan berjualan dan berpantun di birai pantai Melaka yang selalu kedatangan perahu kapal rakit dari luar yang di birai pantai itu jugalah teradanya nam tujuh buah binaan berupa warung atau kedai berjualan entah apa entah sayur juga. Mana pelabuhan Melaka empayar tersohor untuk kapal Tiara Jacquelina yang bergelar Gusti Putri Retno Dumillah berlabuhan?

    Maka tiba-tiba M Nasir yang banyak mencipta lagu-lagu cinta cintaaan dendangan Alleycats pun mendongak ke atas lalu terlihat olehnya Gunung Ledang yang sekarang sudah bersegi tiga! Bersegi tiga kah Gunung Ledang? Mat Rohko? Klipok Sti? Han Hohme? Sapo dio tu? Puok mano ni Tuoh? Seorang sahabat Hang Tuah dari Kelantan pun bertanya. Kah kah kah !!!

    Hmmm… karya-karya saya berjiwa Islamik dan berbentuk Kontempori…hmmm.. Apa yang dapat kita pelajari dari ayat atau kenyataan (statement) ini? Mau apa dia mengatakan begitu? (Dibaca dalam slang Indonesia kerana Pemblog kita akan ke sana bulan depan) …

    ReplyDelete
  5. haha...tuan tsabri, selamat kembali dalam nada yang berbeza. Hmmm… saya juga ingin kembali menyoal apa itu 'karya-karya saya berjiwa Islamik dan berbentuk Kontempori'. pertama, karya2 saya berjiwa islamik,....maka apakah ertinya kenyataan berikut: yang berjiwa karyanya ke? atau orangnya berjiwa islamik?, kalau diperhatikan ayat tersebut yang kita dapati karyanya berjiwa islamik, bukan nya orangnya berjiwa islamik. kalau diungkap dari segi bahasa. dalam falsafat visual yang mana satu ianya dinukilkan? perasaan karya atau perasaan orangnya? soalnya adakah karyanya berperasaan atau orang yang mebuatnya berperasaan. oh...atau mungkin kita percaya bahwa orang yang berperasaan tadi menjadikan karyanya berperasaan juga. Soalnya juga adakah kita yang melihatnya turut berperasaan islamic.
    sebagai contoh, orang itu nampak islamik, kerana ada janggut. dengan adanya nampak berjanggut ia dikatakan islamik atau alim. tapi malangnya orang yang berjanggut itu bila ditanya rupanya bukan islamic. walaupun ia ada janggut!

    Dalam kes kedua, orang yang kita katakan islamik itu, dimana ia ada janggut dan berjubah tapi dia membawa merc. kompressor C200, secara visual kita dapati orang begini berjiwa islamik tapi berbentuk kontemporari. maka orang pun katalah....eheh orang itu very islamic tapi gayanya very kontemporary.(nampak islam tapi moden) jadi kita pun bangga lah dengan cara begitu. kerana islam yang kita rasakan mengikut zaman.

    kes ketiga, ada seorang islam yang memakai seluar jeans levis. bertopi koboi, naik harley davidson. dibelakang jacket ada logo 'tengkorak' , tapi tabiatnya suka melukis katak. maka orangpun bertanya sama dia, kenapa kau suka lukis katak? maka dia pun menjawab...sebab aku lukis katak kerana katak pun berjiwa islam juga. jadi apa bezanya, karya2 saya berjiwa islamik dengan kenyataan: katak2 yang berjiwa islamik.
    dan adakah orang yang memakai jeans tadi bukan islamik? cuma kataknya saja yang islam.

    ReplyDelete
  6. Saya sering tidak dapat membaca karya-karya Tuan Syed (saya memanggilnya begitu) dengan baik kecuali menghubungkannya dengan keterpesonaan artis-artis Malaysia kepada Abstrak Ekspresionisme Amerika yang tidak sudah-sudah – malah lebih dari itu juga kepada Seni Islam atau apa saja isme yang dikatakan menjadi inti (essence) kepada pengkaryaan seseorang artis (artis Malaysia). Betapa tidak – sedang Abstrak Ekspresionisme Malaysia yang dimunculkan bersama karya-karya Tuan Syed, Latif Mohidin, Ibrahim Hussein dan lain-lainnya (sekadar menyebut beberapa nama! - Seperti yang selalu ditulis oleh kebanyakkan penulis seni Malaysia kalau menyebut nama-nama pelukis… tapi kalau Tuan Syed menulis, dia akan menyebut juga namanya – Ibrahim Hussein, A Latif Mohidin, Anthony Lau dan Syed Ahmad Jamal – begitu…) di tahun-tahun 1960an, kita juga akan menemui Abstrak Ekspresionisme di tahun 1990an dengan kehadiran Yusof Ghani yang berjanggut!

    Persoalannya juga – apabila Tuan Syed (saya memanggilnya begitu sejak dari kecil, mungkin mengikut cara arwah ayahanda saya memanggilnya ketika beliau datang melawat studio arwah yang ketika itu di Jalan Pekeliling, sekarang Jalan Tun Razak) mengatakan – ‘my works have an Islamic soul’ – apakah dia teringat akan datuk nenek moyangnya yang berketurunan Muhammad Rasullulah S.A.W? Ahlul bait? Juga apabila Yusof Ghani mengurut-ngurut janggutnya apakah dia teringat keIslamannya yang diambil dari golongan Deobandi di benua India – betul? (betulkan saya jika tersalah) Dan pernahkah Sulaiman Esa masuk belajar di woksyop miniatur Parsi, lalu melukis figura wanita telanjang untuk menunggu Godot? Juga pernahkah Tiara Jacquelina bertapa di Gunung Ledang lalu mendapat ilham untuk menjadi Puteri Gunung Ledang?

    Perkara-perkara yang saya sebut diatas sering bermunculan apabila saya cuba membaca karya-karya Tuan Syed (dan seumpamanya). Nampaknya tanda dan penanda yang digagas oleh Saussure itu menjadi bertindihan malah seolah-olah berlumba untuk mengakui yang aku punya ini yang benar – dia punya yang salah! Perlu apa Willem de Kooning menari di Malaysia? Perlu apa Chritine Hakim mengiringi Gusti Putri Retno Dumillah sampai ke puncak Gunung Ledang?

    ReplyDelete
  7. Terus. Membaca karya-karya Tuan Syed – saya amat terkesan sekali dengan ‘karya’nya sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara di dekad 1980an. Ketika itu Balai Seni Lukis Negara (BSLN) amat meriah – saya jadi sedikit nostalgik; betapa acara-acara perasmian pameran sentiasa terpenuh, dengan beraneka jenis kueh-muehnya, dan pelajar-pelajar Seni Halus ITM (sekarang UiTM) selalunya datang berbaris-barisan dengan bas ITM. Dan karya-karya yang dipamer sentiasa menjadi perbualan (sekurang-kurangnya kepada pelajar-pelajar itu; kitalah tu!). Lalu saya jadi sedikit kurang senang apabila melihat sebuah karya catan besarnya (terlupa pula apa tajuknya bila menulis ini), yang dipamerkan di ruang atrium sebelum masuk ke galeri utama di BSLN sekarang, sedikit herot bingkai atau stretchernya. Sebuah catan besar Seniman Negara ini terherot bingkai asas nya! Disengajakan? Atau tiada siapa yang peduli?

    ReplyDelete
  8. maka timbul dua persoalan asas tentang karyanya, pertama sampai bila SAJamal asyik berabstrak ekspressionisme dalam berjiwa keislamannya. kedua, terdapat kepincangan kuratorialnya.

    hal abstrak ekspressionism, telah aku bincang dalam rencana sebelum ini, dan rencana tersebut juga menyentuh soal yang sama dengan situasi SAJamal, yang mana dulu abstrak exspressionismenya berbentuk bumiputra, tapi kali ini SAJamal cuba membawa kepada tuntutan abstrak exspressionism berjiwa keislaman. mungkin perkara ini boleh difikirkan, kalau ia tidak melanggar hukum syarak.

    hal kedua, soal bingkai frame herot. itu masalah pihak yang bertanggung jawab tidak peka akan setiap objek yang dipamerkan, malah bagi aku bukan setakat itu, tetapi cara perancangan pengkaryaan dalam ruang sebegitu agak mengganggu penglihatan, terutama apabila membawa karya seniman negara sebagai suatu retrospektif. ia seakan setanding dgn. pameran terbuka yang sering diadakan saban tahun bagi memenuhi jadual tahunan akiviti balai senilukis.
    namun posisi karya beliau diantara satu dengan yang lain terutama interaksi ruangnya agak sendat dan memenatkan.

    ReplyDelete
  9. Ok _ada dua hal yang boleh direnungi mengikut kata sahabat saya, en naser, apabila membaca kenyataan Tuan Syed: Karya-karya saya berjiwa Islamik dan berbentuk kontemporari.

    1. Hubungan Islam dengan bentuk kontemporari: Islam itu satu cara hidup, Ad-din. Mudahnya, ia adalah caramana manusia, sebagai makhluk sempurna yang dianugerahi akal, menjalani hidupnya di muka bumi ini dengan menuruti pedoman atau aturan yang ditetapkan Allah melalui kitab-kitabNya – yang terkemudian Al-Quran. Allah telah mengutuskan Rasul-rasulnya – yang terkemudian Muhammad – supaya menjadi contoh teladan kepada manusia untuk menuruti pedoman yang disebut tadi. Dan persoalan-persoalan dasar sewajarnya – apa bentuk dan isi pedoman, (baca: Al Quran atau New Tastement atau Old Tastement atau mana-mana suhuf lain) itu? Apa kehendak Allah apabila menurunkan KitabNya? Bagaimana Rasul-rasul merealisasikan kehendakNya itu? Jadi, artis Muslim itu wajarnya punya tujuan; tujuan untuk bersama-sama merealisasikan kehendak Allah mengikuti kemampuan yang ada pada dirinya dan mengikut pula kewajaran dan keperluan zamannya.

    DAN, barangkali satu hal lagi: Apa bentuk kontemporari? Apa bentuk kontemporari bagi Tuan Syed? Abstrak Ekspresionisme Amerika? Apa bentuk kontemporari bagi En Naser sendiri? Pada saya?

    2. Keherotan Kuratorial: Ini satu hal yang selalu membuat Seni Rupa Malaysia menjadi lekeh. Satu bentuk kursus kuratorial sudah sampai waktunya diperkenalkan di universiti-universiti.


    Satu lagi kenyataan Tuan Syed yang menarik untuk dibaca - "As a painter, I want to capture the essence and immortalize it in painting." Atau, as an artist, I want to capture the essence and immortalize it in my works, menjadi, kalau diterjemah: sebagai artis, saya ingin mendapatkan saripati(nya) dan mengabadikan(nya) ke dalam karya-karya saya.

    ….hmm, Apa essence itu? Saripati?

    (sahabat, saya agak sibuk kebelakangan; 3hb Januari pameran Archive saya bersama Mastura di Galeri 12, juga baru kembali merayakan Awal Muharam 1431 bersama anak di Indonesia – mungkin saya akan memasukkan dia ke ITB, dia pun meminati Fine Arts & New Media. Saya ada terfikir nak collaborate dengan kamu dalam satu projek buku, jika berminat, Nanti saya emailkan proposal. Terima Kasih)

    ReplyDelete
  10. Tahniah atas pemeran. Dan Terima kasih atas undangan kolaberasi. Boleh dirancang dan di fikirkan.

    Secara keseluruhan, karya SAJ adalah sekadar coretan-coretan tanda warna yang diadunkan secara abstrak expressionism dengan gaya kontemporari atas kefahamannya sendiri. Dengan kata lain ia adalah suatu perencanaan ‘gaya’ daripada signifikasi kajian ilmiahnya. Yang mana karya beliau sama jua dengan apa yang sering didapati dalam persekitaran senilukis Malaysia seperti waktu dulu dan kini. Tiada apa yang mistiknya sebagai suatu pernyataan tanda daripada kenyataannya untuk dinilai. Ia sekadar sebuah cerita lama berulang kembali.

    ReplyDelete
  11. “As a painter I want to capture the essence and immortalize it in (my) painting.”

    Apa yang dikatakan ‘essence’ itu? Apa perkataan Melayu yang boleh kita gunakan untuk menterjemahkan ‘essence’? – saripati, intipati, perkara yang paling asas? Bagaimana rupa dan bentuk saripati atau intipati itu? Bentuknya tidak berubah-ubah? Atau akan berlainan atau berubah tergantung kepada keadaan tempat, masa atau seseorang? Ini penting diketahui kerana sebagai pencatan (painter), Tuan Syed (juga artis-artis lain yang bersependapat) mahu menangkap atau memperolehinnya untuk diabadikan ke dalam catan-catannya. Apa sebagai penghayat atau audien, kita telah menemui saripati yang telah diabadikan itu? Mana?

    Catatan diatas ditulis sebelum Naser menutup kisah ‘Islamic soul’ dan ‘contemporary form’ dengan merumuskan bahawa kondisi SERUM tidak berubah – serupa dari dulu hingga kini; hanya penyataan gaya dari penyelidikan ilmiah yang membosankan (bosan kerana tiada ada apa yang menarik – exciting?). Atau dalam kata lain, perkembangan SERUM tidak ‘exciting’ – begitu?

    …terus. Saya teringat akan baris karangan Tuan Syed dalam makalahnya pada pameran Seni Lukis Malaysia 30 Tahun dalam tahun 1987 kalau tidak silap. Katanya – ‘Malaysian Art starts now!’ Apa yang ‘Now’nya di tahun 1987? Dan apa juga yang ‘Now’nya sekarang? Abstrak Ekspresionisme? Atau liuk-lintok besi RS membuat posisi kuda-kuda dan jurus tempur!?

    (Malaysian) Art is Dead! Begitukah?

    ReplyDelete
  12. saya tertarik akan kenyataan tsabri menceritakan 'essence' dengan kaitan kenyataan Tuan Syed bahawa essense adalah saripati atau intipati, dan dalam perkataan lain (juga artis-artis lain yang bersependapat) mahu menangkap atau memperolehinya untuk diabadikan ke dalam catan-catannya. Soalnya apa essence nya, kalau dikatakan essence ia berkait akan hal 'perkara yang paling asas'. jadi mana keterangan asasnya sebagai suatu diskusi visual?
    maka tidak heran perancangan kodifikasinya tidak jelas dan arbitrari - sebagaimana yg dinyatakan oleh Ismail Abdullah. yg ada essencenya sekadar bersifat simbol yg naratif atas dasar 'rasa'.
    maka tak heran ia berulang-ulang walaupun 'rasa'nya telah berubah-ubah. lantas wujud perasaan bosan seolah tiada yang lebih penting dari itu.

    masalah matinya senirupmalaysia. itu tak timbul, kerana yang kita lihat mati nya seni itu adalah kerana pengkarya itu 'tidak beridea' dalam menghidupkan suasana. yang ada adalah karya-karya yg berbentuk rujukan rewang tanpa kajian dalam menangkap atau memperolehinya untuk diabadikan ke dalam catan-catannya atau apa saja. kita masih berkarya dalam rujukan yang lapuk atas rujukan keringat orang lain (dgn kata lain meniru). itu sebab imej yang dihidangkan berbentuk perulangan.

    ReplyDelete