Kebebasan Berekspresi Dalam Seni Tampak
Mohd Nasir Baharuddin
‘Seni itu bebas, bebas berekspressi’- Kenyataan ini sering didengar apabila dikaitkan dengan pelukis. Bagi pelukis kebebasan berekspressi merupakan sesuatu yang istimewa dan dianggap penting bagi melakukan pekerjaan seni. Namun kegusarannya adakah kebebasan berekspressi itu sebagai sesuatu yang benar-benar bebas dan apakah istimewanya pelukis merasakan dirinya bebas. Konotasi kebebasan memberi pelbagai reaksi yang kebanyakannya disalah ertikan. Adakah kebebasan ekspressi yang dianggap itu mahu menjelaskan bahawa pelukis bebas melakukan apa saja atau pelukis terasa bahawa dirinya bebas melakukan kerja seni pada bila-bila masa. Kata lainnya tidak mengikut masa yang tertentu. Atau merasakan dirinya tidak terikat oleh sesuatu keadaan dan tempat. Atau pelukis boleh bebas berekspressi pada karyanya dengan cara apa sekalipun.
Walau bagaimana tanggapan yang ada, kalau diperhatikan secara mendalam ‘kebebasan ekspressi’ dalam berkarya merupakan suatu pengertian yang agak mengelirukan. Keliru atas kefahaman apakah kebebasan ekspressi pelukis apabila dia melukis, kerana apabila pelukis berhadapan dengan sesuatu karya yang ingin dihasilkannya, perkara ekspressi(emosi) yang dinyatakan akan bersifat terkawal. Terkawal oleh kerana pelukis akan berhadapan dengan suatu kerangka(format) yang perlu dirancangkan. Apabila dikatakan sebagai sesuatu yang akan dirancangkan, sudah tentu aktivitinya perlu disusun. Dalam menyusun aktiviti ini, pemerhatian dan kefahaman akan bertindak secara sedar. Kesedaran yang ada, sudah tentu akan mengawal segala gerak geri perbuatan berkarya dan mengawal pemikiran dalam membentuk perancangan tentang apa yang ingin di hasilkan.
Mohd Nasir Baharuddin
‘Seni itu bebas, bebas berekspressi’- Kenyataan ini sering didengar apabila dikaitkan dengan pelukis. Bagi pelukis kebebasan berekspressi merupakan sesuatu yang istimewa dan dianggap penting bagi melakukan pekerjaan seni. Namun kegusarannya adakah kebebasan berekspressi itu sebagai sesuatu yang benar-benar bebas dan apakah istimewanya pelukis merasakan dirinya bebas. Konotasi kebebasan memberi pelbagai reaksi yang kebanyakannya disalah ertikan. Adakah kebebasan ekspressi yang dianggap itu mahu menjelaskan bahawa pelukis bebas melakukan apa saja atau pelukis terasa bahawa dirinya bebas melakukan kerja seni pada bila-bila masa. Kata lainnya tidak mengikut masa yang tertentu. Atau merasakan dirinya tidak terikat oleh sesuatu keadaan dan tempat. Atau pelukis boleh bebas berekspressi pada karyanya dengan cara apa sekalipun.
Walau bagaimana tanggapan yang ada, kalau diperhatikan secara mendalam ‘kebebasan ekspressi’ dalam berkarya merupakan suatu pengertian yang agak mengelirukan. Keliru atas kefahaman apakah kebebasan ekspressi pelukis apabila dia melukis, kerana apabila pelukis berhadapan dengan sesuatu karya yang ingin dihasilkannya, perkara ekspressi(emosi) yang dinyatakan akan bersifat terkawal. Terkawal oleh kerana pelukis akan berhadapan dengan suatu kerangka(format) yang perlu dirancangkan. Apabila dikatakan sebagai sesuatu yang akan dirancangkan, sudah tentu aktivitinya perlu disusun. Dalam menyusun aktiviti ini, pemerhatian dan kefahaman akan bertindak secara sedar. Kesedaran yang ada, sudah tentu akan mengawal segala gerak geri perbuatan berkarya dan mengawal pemikiran dalam membentuk perancangan tentang apa yang ingin di hasilkan.
Jadi dimanakah kebebasan ekspressi itu? Lebih lagi apabila kita membuat catan contohnya, Dari awal kepada hasrat untuk membentuk catan, pelukis telah berhadapan dengan suatu sistem, mengenai bentuk dan media. Pemilihan bentuk dan penggunaan media berdasarkan daripada apakah ide, pengalaman dan perasaan yang telah dilalui oleh seseorang pelukis dalam disiplin mencatan. Oleh itu pengamatan dan persepsi yang khusus, falsafah, dan cara keinginan untuk merepresentasi atau permasalahan teknikal yang dihadapi perlu diolah dan dirancang mengikut signifikasi pengalaman. Dan aktiviti pembentukan karya pula sebagai satu cara dalam menerokai dan memahami bentuk pengalaman melalui apa yang dihasilkan. Daripada pengalaman yang dihasilkan itu aktivitinya bukan sesuatu yang dibuat mengikut sesuka hati atau disebut sebagai ‘bebas berekspressi’, tetapi mungkin boleh dipanggil sebagai bentuk ekspressi diri (self expression) dalam memperkatakan ide, contohnya walaupun catan itu hanya dilakar sekadar dengan satu bentuk garisan. Tetapi garisan yang digaris itu adalah merupakan aktiviti yang dirancang dengan skima yang tertentu, yang datang dari pengalaman. Pengalaman yang dijelmakan dihasilkan daripada cara diri pelukis berekspressi mengenai bentuk garisan, bukan ‘bebas berekspressi’.
Cara diri pelukis berekspressi (self expression) di sini bukan bermakna mengikut emosi tetapi menghasilkan bentuk karya mengikut konten tertentu. Ekspressinya adalah tentang interpretasi dan rupa yang dihasilkan melalui medium, supaya kerja akhirnya akan dikendalikan dengan kualiti ekspressi itu sendiri. Lantaran, hasilnya akan diarahkan kepada pandangan ekspressi(expressive view) dalam kontek pemilikan formal dalam karya tersebut(formal properties of the work itself- Susan Langer). Di mana setiap pergerakan cara ekspressi akan menghindarkan permasalahan tentang pencapaian kepada proses mental yang tersendiri, namun perkara ini boleh dilaksanakan pada keaslian motivasi teori ekspressi. Yang mana keaslian dan nilai motivasi karya itu ditempatkan pada imaginasi individu pelukis. Jadi, persoalan ‘diri’, tentang ‘ekspressi diri’ seolahnya telah hilang. Makna lainnya, ekspressi itu hanya terletak atau datangnya daripada sesuatu teori, bukan perlakuan tentang emosi diri.
Perlakuan emosi sifatnya kadang-kadang luar dari batasan kawalan. Bebas beremosi dan bebas berekspressi adalah dua perkara berbeza. Bebas beremosi selalunya berkait kepada perlakuan yang sukar dikawal, berbanding dengan bebas bereksprssi. Bebas berekspressi bermakna perlakuannya terletak kepada ‘cara’ pencapaian mengenai proses mental’, yang sifatnya lebih terkawal. Sifat mengenai proses yang terkawal inilah mungkin merupakan sifat keaslian ekspressi yang menceritakan tentang apa yang diekspressikan. Bukan sesuatu yang hanya sewenang-wenangnya dipanggil bebas dan buat mengikut sesuka hati(emosi). Seringkali didapati pelukis agak terkeliru pada perkara ini, maka hasilnya interpretasi bebas ini sering disalah gunakan. Implikasinya, watak pelukis sering dianggap sebagai hidup yang tidak terarah, dan pelukis pula berpandangan ‘hidup menjadi pelukis adalah sesuatu yang bebas’ bebas melakukan apa saja, dengan alasan ‘kononnya kreatif’. Tak bebas maka tak kreatif. Saya rasa refleksi pemikiran begini sesuatu yang agak silap. Dimana pada waktu perkembangan teknologi dan komunikasi kini, ‘trademark’ pelukis sebagai makhluk ‘insan seni yang bebas’, saya kira sudah tidak ‘valid’, kerana validiti pelukis itu bergantung pada sistem interaksi yang dihasilkannya melalui skima kajiannya tentang apa yang diinteraksikan. Kreativiti dan innovasi bukan dikaitkan dengan bebas, tetapi suatu kajian kepada penjanaan proses kognitif yang melibatkan pencapaian IQ yang tinggi, dan bagaimana ianya dapat menjadi satu saluran kepada asas pertumbuhan ide yang baru. Maka skima IQ inilah yang perlu dibentuk.
Di mana skima yang pelukis hadapi sudah tentu sesuatu yang agak komplek. Kompleksiti ini datangnya daripada naluri mengenai ekspressi itu sendiri. Ini disebabkan ekspressi yang dihasilkan memerlukan perencanaan ide yang rapi, terutama apabila ianya sebagai suatu hasil pembentukan ide seni. Apabila dikatakan ide seni, perkara utama perbincangan sudah tentu ianya agak saintifik. Dikatakan saintifik kerana perkara utama perbincangan seni, titik tolaknya adalah ide. Ini disebabkan apabila perbincangan awal dalam seni berlaku, perkara pokok yang diusulkan adalah, apakah ide yang pelukis ingin disampaikan? Apabila dikatakan ide, ini bermakna setiap benda yang dilakarkan perlu diambil kira. Walaupun ianya satu garisan yang telah diceritakan tadi. Kerana keputusan untuk meletak garisan itu adalah hasil daripada kesedaran atau kajian pelukis tentang ide yang dia ada. Oleh itu kajian idenya terletak pada, apa idenya tentang garisan? Keputusan pelukis dalam memperkatakan idenya tentang garisan, sudah tentu dating dari penyelidikannya tentang garisan dan apakah signifikannya? Kerana kepentingan dan bentuk garisan itu sudah tentu terlebih dahulu di uji kaji. Paling tidak suatu lakaran awal tentang bentuk garisan tersebut, yang mana hasil keputusannya barulah dinyatakan kepada bentuk akhir sebagai suatu karya.
Kesimpulannya, laungan bebas ekspressi pada pelukis perlu diamati kembali kerana istilah bebas ini akan membawa masalah kepada diri. Kerana ekspressi pelukis terletak pada proses karyanya. Proses karya inilah yang diamati oleh penuntun, dan penuntun berhak mempersoalkan mengikut ekspressinya tentang apa yang dilihat, yang mana pelukis sudah tentu tidak akan ada kebebasan dalam menginterpretasi ekspressinya dari apa yang dihasilkan, melainkan pelukis terikat kepada skima ekspressinya sendiri. Akhirnya yang sebenarnya bebas adalah karyanya sendiri, bukan pelukis.
Bagi saya, kebebasan berekspresi ini terjadi akibat adanya perlawanan idea. Ia bersifat cair dan berdiri di dalam suasana kontekstual serta idea tadi dipersetujui secara individu atau kolektif, banyak faktor mempengaruhi makna 'bebas' contohnya seperti sebab politikal geografi, politikal, sistem kepercayaan dan budaya setempat( yang boleh juga untuk tidak bersetuju dengannya).
ReplyDeleteIdea atau perbuatan kerja yang dilakukan (ekspresi) itu juga tak semestinya dipersetujui oleh semua. Apa yang sering berlaku adalah tentang cara perlawanan pendapat itu terjadi secara opressi tanpa ada perbincangan, persetujuan dan dialog untuk kedua-dua pihak melontarkan idea dan pendapat secara demokratik.
Jadi dalam konteks pelukis, ya memang benar pelukis wajib memahami dan melalui proses yang termaktub di dalam hukum-hukum design dan disiplin catan. Dan pada waktu yang sama juga, akan ada pelukis yang mahu bereksperimentasi dengan melawan hukum-hukum catan secara saintifik atau ideology. Dengan ini berlakunya perlawanan gaya, citarasa dan pendapat atau pandangan. Dan saya rasa yang paling utama ada sikap bertanggungjawab atas apa yang dilakukan adalah yang paling penting.
Bebas beremosi dan perlakuan beremosi juga bukan lah sahaja berkaitan dan tidak selalunya dikaitkan dengan unsur negatif sahaja. Ia sangat individual dan saya melihat ada unsur judgemental di sini.
terima kasih atas pandangan anda yang menarik, en. saiful. oleh itu dapat difahami bahwa kebebasan berekspresi mungkin bersifat agak judgemental.
ReplyDeleteadakah judgemental itu berkait atas persoalan sifat berlawanan, terutama dengan hukum-hukum kebebasan. dan saya rasakan apabila sifat berlawanan itu wujud maka apa yang dikatakan bebas itu agak terkawal. dan bukan bebas.
walaupun pada hakikatnya kita bebas berekspressi.
oleh itu dalam mempertanggungjawabkan setiap perlakuan maka seseorang masih terikat akan hukum-hukum atau disiplin perencanaan pemikiran dan gaya yang akan dihasilkan.
Bebas kah kita? Salam Saudara Nasir. Jika difikir-fikir, memang kata ‘bebas’ itu amat luas artinya dan boleh pula berubah-ubah mengikut kesesuaian tempat atau perkara yang menjadi konteksnya seperti ‘kebebasan dalam berkarya’ atau ‘kebebasan bersuara’ atau juga ‘kebebasan memilih’. Dan terus, kata ‘bebas’ itu boleh juga mengelirukan atau berpotensi untuk mengelirukan jika kita berterusan mempersoalkan artinya sedang kita berdepan dengan sebidang kanvas, misalnya, yang mempunyai beberapa kelebihan dan juga beberapa kekurangan yang bakal membataskan arti itu sendiri.
ReplyDeleteJadi, seorang artis yang ingin bebas berkarya harus berfikir tentang kebebasan yang difahami atau dianutinya. Bebas kah kita kalau kita menyakit-nyakit perasaan orang lain? Bebaskah kita kalau kita menayangkan aib, misalnya sepasang buah dada atau zakar, di hadapan audien? Persoalan-persoalan ini adalah bersituasi yang mengjungkir-balikan: yang memerlukan keikhlasan seseorang (artis) dalam menanggapi artis ‘bebas’ itu sendiri. Bagaimana kalau ‘kebebasan’ itu dicipta – dapatkah ia dicipta? Kenapa? Tidak ada kebebasan kah? Terbantutkah rasa ‘bebas’ selama ini?
0opps...maaf salah eja. Bukan [menanggapi artis 'bebas'...] tapi [menanggapi arti 'bebas'...]. Adalah dimaklumkan.
ReplyDeleteerti 'bebas' juga mampu mengelirukan. Semua orang keliru sekarang ni. thats why kena minta jalan yg lurus haha :)
ReplyDeleteIni pilihan yang adil bagi saya, bagi orang yang selalu buat salah, dan kadang kala sering juga merasa betul walaupun salah.
Dialog amat berguna untuk waktu ini, jadi maksud bebas itu boleh dirungkai kan secara langsung di debatkan atau menjadi perkongsian makna semula (walaupun ia tidak dipersetujui). Jadi maksud "judgemental" saya tadi seperti ini, "bebas yang dimaksudkan mungkin bukan "bebas yang total absolute", tetapi "bebas yang dimahu kannya". Dan "bebas" nya itu mungkin bersebab. Atau tak da sebab langsung.
Tapi kalau cerita ttg kebebasan berkarya (visual arts), maksud bebas, saya selalu teringatkan 'eksperimental piece/work'' juga sebagai satu proses eksperimental yang paling menarik perhatian. Bebas tak terikat dgn dengan apa apa. Sebagai proses bekerja dan berkreatif.
harap boleh cerita kan or share something bro :)
oh yeah, ada dalam tanpa tajuk :) 2nd round khatam
ReplyDeletet.kasih kepada saudara berdua kerana memberi reaksi. namun pandangan awal saya terhadap bebas berekspressi sering disalah tafsirkan. pelukis sering berungkap akan hal demikian sebagai suatu escapecism atas kekeliruan yg mereka ada. bagi pelukis mereka adalah insan seni yg berpegangan atas landasan 'orang seni mesti bebas'. mungkin ada benar dan mungkin tidak. persoalan nya apa yg 'bebas'?
ReplyDeletesaya tertarik dengan kenyataan S.Razman bahawa "bebas yang dimaksudkan mungkin bukan "bebas yang total absolute", tetapi "bebas yang dimahu kannya". Dan "bebas" nya itu mungkin bersebab. Atau tak ada sebab langsung. kenyataan beliau ada kaitan dengan T.sabri... Jadi, seorang artis yang ingin bebas berkarya harus berfikir tentang kebebasan yang difahami atau dianutinya.
dari pandangan kedua mereka ini, didapati ada suatu kengkangan atas perkara 'bebas'... iaitu bebas pada perkara 'bersebab' dan 'harus berfikir'. kedua perkataan ini meletakkan bahawa makna bebas bukan sesuatu yg bebas. tetapi kemahuan yang terangcang. 'mahu' itu dikatakan sebagai bebas tapi apabila ia dilaksanakan ia perlu dikawal.
perkara ini juga telah saya nyatakan dlm tulisan diatas....Terkawal oleh kerana pelukis akan berhadapan dengan suatu kerangka(format) yang perlu dirancangkan. Apabila dikatakan sebagai sesuatu yang akan dirancangkan, sudah tentu aktivitinya perlu disusun.
Jadi kerja seni bukan kerja bebas. memang benar pelukis sentiasa berkata sebagai seniman aku harus bebas. Harus bebas itu memang benar tapi untuk kerja memilih, tapi perlaksanaan nya bukan lagi bebas.
oleh itu kita dapati J.Pollock telah tewas dari segi erti 'bebas' yg ada sehingga ia sanggup membunuh diri. bagi dia itu merupakan nikmat kebebasan yg ingin dicapainya sebagai lari dari kawalan fikirannya bagi memahami erti 'bebas'
salam,
ReplyDeletebebas berkarya adalah menurut waham pelukis/penulis/pengkarya. Jadi, apabila dia meluah hasil seni 'bebas'nya untuk khalayak, bagi tujuan persembahan, penyiaran, pertunjukan demi urusan jualbeli di dalam industri seni catan dan tampak, khalayak juga berhak membuat kritikan/respon ke atas karya tersebut. 'Kebebasan' yang dilaungkan oleh pengkarya, selalunya akan kekal walhal si pengkarya akan menemu mati. Jadi, yang bebas itu sebenarnya adalah proses kritikan/tindakbalas khalayak kepada hasil karya, dan bukannya idea asal pengkarya yang tadinya mendabik dada mengatakan dia sedang 'bebas'.
Jadi, perjalanan masa itu sendiri yang akan menentu-hukum setakat mana 'kebebasan' pengkarya itu dapat kekal. Atau, si dia tadi memang tak pernah 'bebas'.
- Mohamad Farez.
terima kasih farez atas reaksi.
ReplyDeletesaya berpendapat mungkin kebebasan wujud dalam proses minda dalam mengingginkan sesuatu. namun pada dasarnya ia adalah sesuatu yg amat terkongkong dalam menetapkan sesuatu. oleh itu laungan bebas oleh pelukis atau pengkarya cuma wujud pada dasar hasratnya.
dan kemungkinan pada realitinya ia mempunyai kesempadanan yg begitu ketat.
cik nasir, jemput datang ke pameran group kat Annexe, Central Market.
ReplyDeleteKhamis ni 8hb April, opening jam 8 malam. im showing my new piece, lightbox series.
maaf guna posting ni, tak dapat jumpa your email add n my fon dah rosak. heh :)
saiful razman
ok broo, kalau tak ada apa aral yg melintang. thanks
ReplyDeletepelukis bebas melukis..pengkritik bebas mengkritik..seni adalah visual yang nampak dek mata..mesej adalah sesuatu yang subjektif..
ReplyDelete