Monday, November 30, 2009

ulasan pameran dan bicara seni raja shahriman - RHYTHM OF THE 21st CENTURY - MONOLOGUES OF RAJA SAHRIMAN















Rata-rata karya raja shahriman (RS) tiada banyak perubahan dari dulu. Mungkin beliau sudah selesa dengan teknik serta penampilan yang dianggap sesuatu yang brutal, vengeance dsbnya. ini dinyatakan sendiri oleh kurator beliau (juga kakaknya), bahwa kali ini raja shahriman bertempur umpama halilintar. besi-besi diolah dan diputar-putar melahirkan liuk lintuk gerakan persilatan. Disamping itu Tengku Elina menyatakan; 'Rhythm of 21st Century didasari konsep peperangan. Raja Shahriman mengungkap idea menggunakan kepingan fragmen peperangan seperti serpihan bom dan peluru untuk mereka arcanya. serpihan bom adalah simbol kemusnahan sementara peluru mewakili senjata pemusnah. Struktur elemen arca berdasarkan bentuk serpihan bom yang bersifat keras, tajam dan ganas. Namum karya dalam Rhythm of 21st Century sebenarnya bukanlah mengenai tindak tanduk peperangan itu sendiri tetapi sebaliknya ia adalah tentang sebahagian daripada sifat kemanusiaan ". Seperti juga tanggapan prof siti zainun, dalam bicara seni RS, beliau menyatakan karya-karya RS seperti mayat-mayat yang telah hangus bertaburan dan berkecai - seperti baru saja terkena ledakan bom. tapi itu adalah naratif dan simbolisma masing-masing dalam menceritakan sesuatu. malah kenyataan tengku elina agak bercanggah, dimana beliau berkata karya RS didasari konsep peperangan tetapi bukanlah mengenai tindak tanduk peperangan itu sendiri tetapi sebaliknya tentang sifat kemanusiaan. Soalannya mana satu harus diikuti.

Walaubagaimana pun, besinya kali ini agak kelainan, ia kelihatan dibaluti dengan warna hitam dan disirami dengan debu-debu keemasan. penceritaan tentang halilintar dan daging-daging hangus dan apa jua deskripsi yang diucapkan, saya belum pasti mahu mempercayainya. yang pasti RS meletakkan seluruh tenaganya bertutur dengan besi yang diliuknya. baginya besi adalah rakan yang boleh dibentuk mengikut apa yang dia mahu. Justeru, besi yang dibuatnya secara tak langsung berupa manusia atau seperti binatang dari angkasa lepas macam cerita 'alien'. Tetapi apa yang diceritakan sebagaimana apa yang diutarakan oleh kakaknya atau siti zainun tadi, mungkin rekaan mereka. tetapi secara 'real' apa yang saya nampak beliau adalah seorang pakar besi yang boleh mencipta apa saja dari 'besi' mengikut apa yang disukainya. itulah kelebihan dan kekuatan dari karya raja shahriman. mengenai sifat kemanusiaannya tentang masalah peperangan, bagi saya agak rhetorik. Yang saya kenal RS adalah seorang yang komited mengenai bahan yang digunapakainya. Bahan bagi nya adalah darah dagingnya untuk berekspressi. maka itulah ceritanya. Bagi saya sifat kemanusiaannya yang diucapkan olehnya adalah sifat RS sendiri mengenai cara ia berfikir mengenai dirinya dengan besi.

Bagi saya, kelebihan dan kekuatan semangat RS tentang besi perlu ditinjau. mengapakah beliau begitu taksub dengan besi yang diputarnya. saya rasa ini persoalan utama. mengapa beliau memutar besi seumpama beliau memutar 'plastersin'. apakah kelebihan tersebut? mengapa pula kali ini dicatnya besinya. adakah karya terdahulu 'kurang cantik' sebab tanpa cat? serta kali ini mengapa pula RS membuat painting? tidak kah bagi nya 'painting' adalah terlalu fragile berbanding dengan besi. adakah RS juga pakar membuat painting sebagimana ia membuat besi? bagaimana bahasa alamnya terhadap besi dengan bahasa alamnya membuat painting? (bahasa alam adalah perkataan yg digunakan RS semasa FORUMnya). atas dasar ini saya rasa RS perlu memastikan posisinya dalam berkarya?

Kerana dalam memposisikan bentuk karyanya, kita akan lebih memahami akan kekuatan RS terhadap apa yang dilakukan. Memang tidak dinafikan beliau diiktiraf sebagai pelukis terkenal, namun, saya masih tercari akan ketaksuban RS tentang apa yang dibuatnya. ini penting kerana ia telah berjaya meletakkan suatu disiplin terhadap benda yang dibuatnya, sebagai suatu bentuk karya yang dikagumi. mungkin RS perlu lebih jujur dalam menyatakan 'bahasa alam' nya dalam menyatakan ketaksuban melalui karya yang dihasilnya sebagai suatu tatapan dan cadangan perbincangan. bagaimana bahasa alam tersebut dibicarakan dalam posisinya serta bagaimana bahasa tersebut diolah dalam alunan besinya sebagai suatu pernyataan. bukan bahasa tersebut dinyatakan dalam bentuk 'adunan'. kalau adunan maka lahirlah kenyataan seperti yang disuarakan oleh kakaknya atau Prof siti zainun tadi.

maka tak heran berbuyun-buyun cara interpretasi akan keluar mengikut apa saja citarasa yang diinggini samada memuji atau mengeji. maka kelebihan RS dan ketaksubannya tidak diperjelaskan serta memberi implikasi pelbagai dan secara tak langsung akan merosakkan semangat yang ia ada.


komen mengenai Forum - Seni Arca dari kacamata sosial, budaya dan agama, pada 21 nov lepas di Galeri Petronas, KLCC - akan masalah halal haram nya sculpture.
















soalan pertama, mengapa kita membuat sculpture. soalan kedua, siapa suruh kita buat sculpture? sculpture dalam bahasa melayu dipanggil arca, kalau sesiapa yang tak faham dipanggil nya patung, atau kalau yang bersekolah sikit dipanggilnya objek 3D. kalau kita anggap sculpture itu patung maka jadilah patung, kalau patung selalunya dalam masyarakat melayu ada unsur 'puja'. kalau dikata 'arca' mungkin pandangannya berbeza, suasana kefahamannya lebih kepada persepsi estetika. kalau 3D mungkin terjemahannya bersifat saintifik. installasi mungkin pula tentang ruang. bermakna keseluruhanya bergantung kepada kefahaman. kalau kefahaman itu berunsur sesat maka sesatlah 'sculpture' yang dibina itu. maka kalau kita definisikan sebagai patung. maka orang yang membuat itu dianggap pembuat patung. diikuti pula oleh orang yang memahaminya sebagai objek patung, maka dia pun melihat nya sebagai 'patung' yang dibuat oleh sang pengkarya tadi. bagi saya sipembuat harus tahu apa yang dibuatnya, sepertimana juga orang yang melihatnya. oleh itu saya ingin kembali pada soalan pertama dan kedua seperti yang telah diajukan. Dimana kefahaman kita perlu di jelaskan dahulu serta bagaimana kita menghadapi situasinya. kerana yang mustahak kenapa karya itu dianggap penting, kalau tidak ia tiada bezanya dengan benda-beda arca lain yang kita sudah lihat.
Saya melihat interaksi komunikasi harus berlaku dalam menjelaskan apa yang dicapai. maka kalau tidak yang buat sesat dan yang tengok pun lagi bertambah sesat. itu sebab kurator akan berucap mengikut apa yang dirasa dan Prof siti Zainun menyuarakan apa yang dirasainya. belum lagi kita tanya berbagai-bagai orang samada tahu seni atau buta seni mengenai sculpture, patung, arca, objek 3D dan sebagainya. pernah kita tanya pandangan mereka?

akhirkata apa yang agak menarik dalam forum tersebut, mana terwujudnya 'sculpture melayu'. ini sesuatu yang seronok untuk di kaji.

32 comments:

  1. Beberapa Catatan: Membaca Besi-besi Raja Shahriman dan Bercakap Mengenai Seni Arca di Forum Seni Arca Sempena Pameran Rhytmn of 21st Century: Monologues of Raja Shahriman

    Besi-besi yang dinamakan bernama Killing Tools, Gerak Tempur, Api, Bayangan & Kemenyan, Semangat Besi, Nafas… dan seterusnya itu adalah buatan seorang pandai besi. Ketrampilan ketukangan (craftsmanship) Raja Shahriman (RS) terserlah melalui sambungan, tempaan, kikiran dan kimpalan besi-beri itu – memang RS adalah seorang pandai besi. Saya teringat sewaktu forum seni arca di Galeri Petronas 21hb November lewat hari – RS ada menyebut sebuah surah dalam Al Quran, surah ke 57, Al Hadiid yang dalam Melayunya adalah besi. Disusuli, maka ada sepotong ayat dalam surah itu, ayat 25, yang juga darinya nama surah itu diberi. Bunyi terjemahannya:

    Sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manafaat bagi manusia dan supaya Allah mengetahui sesiapa yang menolong Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

    Saya tidak teringat pula kenapa RS menyebut tentang Al-Hadiid (mungkin RS boleh beritahu semula kenapa) – tetapi rujukan RS itu membawa saya semula kepada tajuk forum yang diadakan, Seni Arca dari Kacamata Sosial, Budaya dan Agama. Apa tajuk ini? Kenapa tajuk ini? Apa relevannya tajuk ini? Ini persoalan RS sendirikah?

    Saya cenderung untuk beranggapan bahawa tajuk forum itu agak membingungkan – premis perbincangannya agak kurang kena. Pertama, Seni Arca: Ok. Kemudian, Sosial, Budaya dan Agama: hah, frasa ini boleh mengelirukan – sosial, budaya dan agama. Saya kira ketiga-tiga - sosial, budaya dan agama – itu satu perkara saja, atau biasanya boleh dihimpun menjadi satu. Kebudayaan, kalau mengikut yang percaya agama itu satu cabang saja dari semuanya, atau Agama kepada yang percaya yang agama itu di atas semuanya sebagai satu sistem kehidupan. Dan, kalau begitu timbul pula persoalan, kebudayaan yang mana? – Agama yang mana?

    Dan RS bercerita tentang kehendaknya yang besar untuk mengarcakan besi-besinya dalam bentuk figurative imej manusia. Lalu apakah kehendaknya itu bertentangan dengan ajaran Islam yang katanya melarang menggambarkan imej manusia dan haiwan? Apakah itu dilemmanya RS – lalu figura manusia diolahnya dalam bentuk abstrak? Tapi RS nampaknya yakin dengan besi-besi arcanya – tidak ada dilemma seorang pengarca yang boleh kita baca di situ? Benarkah?

    (…akan disambung semula)

    ReplyDelete
  2. kalau benar RS yakin akan besinya, maka beliau harus bersuara dengan bahan yang digunapakainya. apa kena mengena dgn peperangan. bagi aku ini suatu perbualan yang dusta... malah apa saja temanya, soalnya tetap sama. cuma bertukar nama pada waktu yang berbeza.

    ReplyDelete
  3. ….maka, besi-besi itu pun diarcakan oleh RS. Dan diperpanjangkan pula dengan bicara seni dan budaya Melayu – yang bersilat! Yang bertempur! – dibaca melalui tanda-tanda gegak gempitanya perang (ya, perang apa?); siap dengan keris saktinya sehingga bertaburan semua besi-besi yang lain!, dengan kuda-kuda demi kuda-kuda serta jurus tempurnya, siap dengan serapah mantera yang dibaca di atas asap kemenyan bersama bayangan yang menari-nari! Hah! Hukk! Nah! Hiss! Nah!

    Saya suka melihat naratif ‘perang sehingga bertaburan besi-besi ini’_ seperti dalam komik dulu-dulu, komik pahlawan atau hulubalang Melayu, atau jauh lagi kepada cerita-cerita hikayat – seperti yang dicatankan oleh Anuar Rashid dalam Inderaputera misalnya. Hebat sekali. Tapi, lepas tu apa ya? [kalau tak silap Inderaputera tu mati beberapa kali! Mati, hidup semula kemudian mati balik kemudian hidup lagi, betul?] Lihat saja lukisan-lukisan RS dalam pameran itu; semuanya adalah suatu animasi kegeliatan figura abstrak (diabstrakkan kerana ada tanggapan tentang tegahan agama?) Bagaimana lagi kita harus membaca Rhythm of 21st Century? Irama apa ini? Monolog RS beirama abad 21 yang macam mana ini?

    ReplyDelete
  4. aku rasa suasana seni kita masih suka bersendiwara. maka tidak heran kita asyik bermimpi dengan lamunan serta monolog tanpa makna. dalam kes RS sayang sekali bahasa alamnya tidak diketengahkan dalam nada visual yang sepatutnya. Rhythm 21th century adalah omong-omongan ibarat halilintar yang tiada bercahaya.

    aku sekali kurang faham apa yang cuba dinyatakan oleh kurator beliau, apa yang cuba mereka tunjukkan, certa pasal perang ke? cerita pasal rhythm 21th century ke? apa monologue nya? atau pasal halal haram arca ke, atau budaya atau sosial? atau RS sebagai pengukir besi ke? Mana satu ni?

    itu saya katakan, bahwa kita sedang menghadapi krisis kefahaman seni - antara agama, budaya, ilmu, diri dan adat.

    ReplyDelete
  5. tak faham..tak faham..kenapa yang tak bertanya dengan artis tu. Kan ke masa forum tu depa dok tanya ada sesiapa yang nak bertanya apa-apa. Kalau tak pun lepas forum boleh tanya lagi..hmmmm....apa la..

    ReplyDelete
  6. ooo ya ada seperkara lagi..setahu nya di UiTM mementingkan konsep..ni dah ada artis yg dok buat artwork pakai konsep dah tak faham pulok??hehhehe..kata pandai ssesangat...

    ReplyDelete
  7. terima kasih sterling kerana anda telah memberi respond kepada tulisan saya. untuk pengetahuan you, tulisan ini pun ditulis selepas reaksi daripada forum tu le..since kita dah ada dunia cyber, maka perbincangan tak semestinya terhad pada masa forum saja atau selepas tu.

    Even R.Shahriman pun boleh respond. tak jadi hal. ini masalah bersama. lagi pun kita bercakap dgn memperkenalkan diri, tanpa berselindung. sekarang ni bukan macam dulu. Dulu sukar nak bercakap. skrg dunia komunikasi tanpa had. hangpa boleh balun ikut suka. tapi mesti kena ada sumber dan fokus pada perbincangan. kalau tak berapa bijak boleh baca saja. dan fikir.

    seperkara lagi sterling ada mengatakan UitM mementingkan konsep. KOnsep apa itu? siapa artis yang dok buat pakai konsep? boleh cerita sikit.

    ReplyDelete
  8. Saya akan melangkaui skop bicara tentang pameran arca RS… kepada perkara2 lain yg berkaitan & mungkin kembali semula.

    Konsep secara mudah boleh difahami sebagai sekumpulan ide atau buah fikiran, yang selalunya bersifat umum, mengenai sesuatu perkara atau suatu kategori perkara. Jika anda sekumpulan pemusik dan berpeluang menghasilkan sebuah album yang berkonsepkan rok Melayu – maka album anda boleh saja memuatkan lagu-lagu ‘rok kangkang’, ‘rok leleh’ atau ‘rok lentok’! Terpulang kepada persetujuan anda dan penerbit album itu bukan? – jadinya, masing-masing pihak memerlukan persetujuan atas ‘konsep’ apa yang hendak ditonjolkan kepada peminat.

    Jadi, dalam seni rupa, menerbitkan sebuah pameran adalah sewajarnya berlandaskan ‘konsep’ yang dipersetujui di antara artis dengan kurator – malah dalam sesetengah keadaan, peranan kurator amat penting sekali. Siapa itu kurator? Apa kerjanya? Menggantung lukisan dan catan? Meletakkan pedestal untuk arca? Menulis esei untuk katalog pameran? Berucap di hari perasmian pameran?

    ReplyDelete
  9. terima kasih tsabri atas pendefinasian konsep, namun ia juga boleh diterima atas kepelbagaian makna, mengikut persetujuan jua.

    tapi saya masih terpanggil dari kenyataan 'sterling' bahwa di UiTM mementingkan konsep! soalan nya konsep apa yang UitM pentingkan? dan siapa artis yg dok buat artwork pakai konsep dah tak faham pulok?

    ReplyDelete
  10. … apabila seseorang artis mula memikirkan untuk berkarya – apa aku nak buat? Bagaimana aku nak buat? – maka dia pun mula ber’konsep.’ Juga seorang kurator, dia akan mula ber’konsep’ apabila memikirkan tentang bagaimana hendak mempersembahkan atau menyusun sesebuah pameran itu, atau seorang pemilik galeri seni akan juga ber’konsep’ apabila dia memikirkan apa dia akan mendapat untung bila dia setuju untuk mengadakan pameran untuk seseorang artis itu: Akhirnya konsep yang mulanya terbit dari artis itu akan menjadi berlapis-lapis, akan berbaur dengan pengalaman-pengalaman dari pihak kurator / pemilik galeri / penulis / pensejarah / peminat / kolektor / … samada konsep itu akan memberi manafaat, menyesatkan atau tidak berguna langsung banyak bergantung kepada niat, kefahaman, kaedah, ketrampilan teknikal, persekitaran dan juga sokongan konstruktif dari semua pihak.

    Maka apabila melihat arca-arca RS, sejak dari awal Killing Tools sampai baru-baru ini Monologues, apa konsep yang boleh dipelajari? Sebagai pemerhati / audien, apa kita cuma terpesona dengan keupayaan seorang pandai besi mengimpal, menempa dan ‘memalsukan’ besi-besinya? Atau dengan gubahan kuda-kudanya – pelurunya – jurus tempurnya? Apa peranan kurator pameran RS? – bagaimana dia menghubungkan karya-karya Monologues dengan semenjak Killing Tools? Apakah konsep yang cuba diutarakan RS sejak Killing Tools itu – apa sudah matang benar atau bagaimana? Bagaimana ia boleh memberi mafaat kepada perkembangan SERUM (akronim seni rupa Malaysia, jika anda masih ingat)?

    ReplyDelete
  11. RS, seperti ramai artis kontemporari Malaysia, mula menerima pendidikan seni formal dari, sekarang UiTM, dulu ITM. Kalau dulu (1970an & 1980an) nama kelulusannya Diploma in Art & Design (Fine Art), sekarang sudah bergelar Sarjana Muda, malah telah ada kursus Sarjana pun. Ada anjakan, Benar?
    Kes ITM/UiTM, atau apa yang berlaku disana juga menarik untuk difikir dan dinyatakan.

    ReplyDelete
  12. Terima Kasih tsabri atas huraian tersebut. mungkin sesiapa yang tak tahu mungkin kiranya mendapat pedoman.

    ReplyDelete
  13. salam 'sterling'. apa itu conceptual art da...apa maksud anda?

    ReplyDelete
  14. I think it's intriguing to elaborate extensively regarding the whole system-economy of the art world based on the dichotomy of artist-curator-collector. This framework (a conceptual one) is not a new problem in terms of exhibition making. Nonetheless, I think its problematic to think about such system from the framework of the "concept".

    I feel nowadays its much more productive to think about art/artworks/roles in the art world as Knowledge making as we see more and more blurring of boundaries between these roles (artist,curator,collector). Thus, I am curios as what knowledge I might gain by looking at RS's work (and to be honest, I haven't seen it yet)!

    Can we then consider the assemblage of metals as also a "curatorial" work and "collection" of his interest in material?...rather than purely from the standpoint as an artist/artwork objects per say?

    ReplyDelete
  15. thanks Roopesh, i'm just waiting for another comment regarding with this issue. as what you had mentioned, knowledge making or knowledge production were the main factors in potraying RS works rather than 'concept'. to me in defining RS's works, defining concept not the major discussion. but since the question was raised by anonymous individu, we like to entertain the discussion for a while.

    Coming back to RS's sculpture making. the systems of interpretation and debating that was conducted along the show, mainly focusing on material and form orientation. even the setting of an installation in the context of gallery and the objects placing were a bit of superficial. the physical form of his works, fundamentally formalistic and narratively executed by the most handsome catalogue rather than purely from the standpoint as an artist/artwork objects per say. especially in a state of knowledge production.

    anyway i would like to know more on his thought in relating to his metal piece. unfortunately, the discussions were blanket with too many issues that consider out of the topic.

    ReplyDelete
  16. u're asking what is conceptual art? ..patut le ulasan merapu. now i understand kenapa tak faham. so sorry i brought this matter up.

    ReplyDelete
  17. thanks 'sterling'. tiada apa yang hendak disorrykan. your matter i understood, tapi pertama sekali, jawab soalan saya dulu. apa itu conceptual art? sebab i tak faham. kedua, awal perbincangan you cerita pasal konsep. tapi sekarang you cerita pasal conceptual art pula? mana satu. even makna konsep yang diatas pun tsabri yang jelaskan. bukan anda!

    lagi pun perbincangan ini menjurus kepada pembentukan ilmu. maka eloklah kiranya kita dapat berkongsi bersama. agar masing2 mendapat menafaat. supaya kita tak confused dan merapu sebagaimana anda telah nyatakan.

    ReplyDelete
  18. Indeed, we are in the 21st Century – when, like many said, the boundaries of things are crumbling down, allowing information and almost everything else to be shared, used and ‘inter-textualized’, only to reappear again perhaps in the least expected of forms or simply just like any other ordinary forms that we already know. Art, which is necessarily originated from one’s feelings or emotion, thoughts as well as experiences, itself is constantly shifting and changing, adjusting itself to current audiences reception and appreciation. The multimedia technology for instance, has quietly brought the programmers, the computer scientists and technicians whatnots to know that art could make their creations become beautiful – so as the artists, who slowly understand that they need to know the digitalization of things. Like Picasso in early 20th Century, pasting everyday objects onto his surfaces, and here we are pasting meaning over meaning – and where is our Duchamp? (Should we have the time, its will be interesting to discuss Niranjan’s ‘The Failure of Marcel Duchamp/ Japanese Fetish Even!’)

    Death to The Author!
    Death to The Artist!
    Death to The Curator!
    Art is Dead!

    ReplyDelete
  19. Then again, after a decade in the 21st Century, Malaysian art is still struggling to stand firmly that will enable it to cross the now blurred boundaries. Many still cannot understand what is Conceptual Art and concepts. Do we? Many still cannot identify the timelines that made what Malaysian art is today. Do we? And many still ejaculate before the screen (pardon me!).

    So …
    What is RS chanting in his monologues? That he has to cut heads and make uncompleted human figures that will justify his religious beliefs? That he has succeeded in making iron/steel sheets into plastic? That he had made all those sculptures and drawings using the ‘bahasa alam’? That he has engaged a curator who you (Naser) said discussed the works differently to that of RS himself? Are all these ‘rhythms of the 21st Century?

    ReplyDelete
  20. now, lets dont give a shit to conceptual or concept as what we had mentioned before. even the issue is a kind of definitive, nothing else.. So what! of having conceptual art or concept, as a system of monologue, especially in relating to the idea:

    Death to The Author!
    Death to The Artist!
    Death to The Curator!
    Art is Dead!

    Indeed, the phrase above is still just a phrase. a poster of mind in a skeptical understanding. the issue here is not defining texts but gives meaning to texts. we like to know and the curiosity as what knowledge we might gain by looking at RS's work.

    ReplyDelete
  21. Then, reading RS’s Monologues of the 21st Century (as well as other works or serials by him) is almost like reading in the 1980s! Far from Y2K, the millennium bug, that almost made Akif (one of my and Naser’s teaching colleague-friend, for those who doesn’t know) went literally ‘mad’ with postmodernism and digitalization of the self! Well, reading in the1980’s is simply looking back into your roots, searching for whatever motifs that we like, then translated them into contemporary forms of paintings, sculptures and print-making, then splashed them with bright sweet colors, gave them classic hearing titles and many art collectors liked just that. I have experienced, so did many who made art in the 1980s Malaysia then.

    This reflection is somehow necessary as reading RS’s Monologues reminded me of my own crash with modernity and traditionalism, Malay traditionalism to be exact (if there’s such a term!). I was looking at the keris hilts, devising them into the likes of Henry Moore’s and Constantine Brancusi’s. And then, what? Another form and form and form _ endlessly constructing forms to find beauty in the entangled meanings of Modernism and (Malay) Traditionalism? Or what?

    ReplyDelete
  22. i had mentioned earlier, the whole projects by RS or 'sama waktu dengannya' constructively formalistic. Even far away from the paradigm of conceptual or anything whatever we say. Only the language sound 21th century, to such a cliché term. Or whatever names that indicate something sophisticated.
    Yes. Visually the language still the 80', and the presentations are basically conventional. But the matter is how he can project a new definition and proposal about process and thinking development to a new meaning. i think the reading basically descriptive, or just a 'story telling'
    Hybridism between traditional and modernism, (a postcolonial issues), expressively nostalgic, tragically and misplaced. The position and definition of space within these two subjects communicates in different practice and language. Clearly a dichotomy of language and subject.
    Form making is considered as coding, reading in an objective epistemological fact, rather than describing. Illusion of forms determines the contexts and self. a kind of empirical and phenomenological of minds. This being is part of the truth and idea developments.
    The questions of modern or traditional are not a problem. it is a conflict of self and understanding.
    Form is a game in order to pleasing the eyes, stimulate sensation. The meaning is in you!

    ReplyDelete
  23. I’m concerned with language – the use of language; language that we use to describe, explain and express ideas; and that’s probably why I’m always trying to define things – trying to place things in its proper context that people will be able to understand things better – but then, alas, it seems that the more we explain the more matters get entangled. Yes, you are right when you said it’s a conflicting situation between the ‘self’ and ‘understanding’ – I suppose its about how we situate ourselves in these times and trying to understand what has had happened, happening and will happen – acquiring and using knowledge, that what its all about, eh?

    RS’s 21st Century Monologues illustrated one of the many instances how we, ‘the self’, failed to ‘understand our own selves’ living here and now. Many entered the labyrinths of own makings without realizing that Picasso’s Minotaur is just around the corner! We are just a few kilobytes away, anyway! Huh. Indeed! What is to give meaning to endless celebrations to the artist/author who continues to cleverly display bending metal sheets, for example? Lets pack our bags and go some places – picnicking like Derrida and the others. Death to the (Malaysian) artists! Kah kah kah! (Remember, we have yet to do the train discourses!)

    ReplyDelete
  24. Yes brother. 1 will like to recall your phrase - on the use of language; language that we use to describe, explain and express ideas - used and ‘inter-textualized’. The question is how far that we being used the idea of inter - textualized. What we means regarding with this term? As M.Faucault said the world is consists of text. How we relate with his captions? I think there is a problem of placing ‘thing’ according to the position of language. Also a conflict of interpretation and a ‘conflict of self’. That is the reason why we always creating ‘berbondong-bondong’ form and form and form _ or explores from one surface to another surface to surface, and surface - endlessly constructing forms and surfaces to find beauty in the entangled meanings. Explore and explore…sampai le ke tua. And yet we stuck and confused. And at the end we blame the society because they don’t understand. What is artist trying to do? Hahahaha…..or in other words, art is abstract!!! …to looks and sound intellect … we called it ‘conceptual’.
    To me.
    Death to The Author!
    Death to The Artist!
    Death to The Curator!
    Art is Dead! Or whatever … it refers to a
    catastrophic of language in a modern context. It is a question of ‘binary opposition’. Not a 'death' as per say.

    Anyway, broo. This January I’m leaving to yogya biennale for another review and discourse.

    ReplyDelete
  25. sunggoh menarek diskusi di sini...

    ReplyDelete
  26. membuka minda... perbincangan yang menarik...

    ReplyDelete
  27. Terima kasih semua, agar kita dapat sesuatu daripadanya. semua perdebatan adalah berhasrat untuk membuka minda serta mencari sesuatu yang baru untuk direnungkan.

    ReplyDelete
  28. apa yang aku tau, artwork RS sangat menarik dan amat sukar untuk ditiru. dia ada identiti sndiri dan dia dah berjaya membuatkan aku dan peminat seni yang lain tertanya-tanya apa sebenarnya yang cuba diperlihatkan oleh beliau. ternyata hanya beliau sahaja boleh memahami keinginannya. beliau berkarya mengikut apa yang diingininya dan kita terus berteka-teki dengan diri kita sekalipun kita memahami mengikut kefahaman kita sendiri dan beliau telah berjaya kerana respon yang diterima memperlihatkan somebody memberi respon kepada apa yang dilakukanya...ya, syabas kepada beliau dan bagus untuk semua.

    ReplyDelete
  29. terima kasih blackgoatskull, kerana anda seorang yang begitu perihatin dalam sesuatu yang diresponkan. keperihatinan anda juga memberi reaksi yang baik kepada respon yang diucapkan.

    ReplyDelete
  30. Saya setuju dengan persoalan en nasir. Sebaiknya RS's show itu adalah berkenaan seorang RS sebagai tukang besi. full stop. finito.

    jadi audience/peminat boleh layan kemahiran pertukangan RS. thats it!

    my 2 cents

    ReplyDelete
  31. diskusi yg padat dgn ilmu...baca dan fikir.tq

    ReplyDelete