Maka terkunag-kunanglah makhluk seni tampak apabila melihat sajak itu dilukiskan. Mungkin terpingga atas dasar ‘bosan’, ada yang pelik atau ada yang bertanya mengapa samad said melukis ‘kata’ abstraknya, dari sajak yang agak abstrak juga. Ada orang bertanya sejak bila samad said melukis. Anugerah senimannya datang dari melukis atau dari sasterawan. Mungkin dia nak jadi seniman melukis , macam syed ahmad jamal. (apa komen si Ahmad Jamal – seniman Negara – tidak kah tergugat atau sama standard?). dalam hal ini nur hanim perlu diterima kasihkan kerana beliau adalah pembawa samad said kedunia lukisan. Tapi bagaimana samad said sendiri dalam memperkatakan akan hal dirinya sebagai pelukis seni. Tidak kah ia berasa segan pada ahmad jamal atau dengan pelukis lain yang masih berhempas pulas menjadi pelukis dengan pengajian seni yang bertahun dalam menghadapi perkara ini . adakah mereka rela? Tidakkah mereka jealous apabila samad said ditempatkan dengan mudah diruang balai senilukis Negara padahal ramai pelukis lain meleleh air liur sehingga kini masih tak merasa sebagaimana samad said kecapi. Adakah sebab kerana ia seorang sasterawan Negara. Kerana sebelum ini seniman Negara, Syed Ahmad Jamal baru saja melangsungkan pamerannya ditempat yg sama. Maka dia pun kepunan berpameran juga, seperti Syed Ahmad jamal. Kalau begitu, maka lain kali disuruhkan lah jua akan seniman –seniman Negara yang lain isi borang untuk berpameran dibalai senilukis Negara juga.
Setahu saya samad said terkenal dengan ‘salinanya dan tPinkenya’, apa sudah jadi dengan karya sebegitu. Tidak kah beliau ingin menulis novelnya lagi dari melukis. Adakah melukis itu suatu hiburan perasaan bagi nya dari menulis novel yang mana mungkin bagi nya sudah bosan. Atau mungkin bayarannya tidak setimpal dengan harga sebuah lukisan. Atau dia dah ‘fedup’ dengan dunia sasteranya yang amat politikal? Tetapi walaubagaimanapun, pada hakikatnya anugerah seniman Negara itu perlu difikirkan kembali...kerana yang memberinya adalah dari Negara juga. Oleh itu beliau tak boleh persiakan anugerah tersebut dan perlu dilihat akan fungsinya sebagai seniman Negara? Beliau harus berjuang dengan dunia sasteranya dan seharusnya menghasilkan karya sasteranya dengan mantap setaraf anugerah yang diterimanya...beliau seharusnya meletak dirinya setaraf dengan pramoedya anatartur dalam dunia Malaysia. Beliau tak perlu melukis...
Yang pelik mengapa beliau melukis? adakah melukis ini sesiapa saja boleh buat...conteng-conteng maka jadilah ‘art’...boleh jual pula...syok betul! Ditambah pula dengan baca sajak, maka itulah tahap seniman yang tertinggi, serta sempurnalah sifat senimannya yang berbakat itu. Tapi sebaliknya mungkin ada orang lain bertanya...salahkah samad said melukis? Jawapannya tak salah, sebab itu adalah hak dia sebagai seniman? Tapi bagaimana pula pandangan pelukis? Adakah apa yang dibuatnya itu betul?
Sekarang mari kita lihat apa yang dilukis oleh samad said? Oh...dia melukis sajaknya ala-ala abstrak. Macam abstrak expressionist? Dalam hal ini mungkin kita boleh tanya yusuf gani, pakar abstrak expressionist malaysia, macam mana pandangan yusuf gani agaknya? Mungkin beliau amat menyetujui dan terharu akan apa yang dihasilkan oleh samad said. Soalnya mengapa samad said melukis ala-ala abstrak expressionist? Kalau nak melukis tak ada cara lain yang lebih ‘interesting’ lagi ke? Perlu ke samad said melukis ala-ala abstrak expressionist tu? Tanya seorang teman pelukis lain. Kalau joseph kosuth melihat akan kata-kata maka dia pun membuatlah akan kata-kata tersebut, sebegitu juga dengan jenny holzer atau barbera kruger, maka mereka bermain-main kata tersebut secara semiotiknya? Mengapa samad said tak bermain-main dengan kata-kata juga secara visual ala-ala joseph kosuth? atau mungkin ala-ala alahyarham ahmad khalid yusuf, pelukis jawi negara atau ala-ala mark tobey atau cy thombly?
Di petik dari pandangan seseorang : Kalau samad said di dalam pameran solo pertama (Daerah Samad, 2007) yang kelihatan lebih halus, gestural dan meditatif, karya-karya terbaru ini menonjolkan sapuan yang lebih ‘perkasa’, ‘ganas’ dan penuh yakin seiring dengan nuansa yang menyelubungi detik-detik pengkaryaan lukisan-lukisan tersebut. Namun KATA LUHUR (pameran terkini) adalah rakaman visual serta ‘catatan batin bangsa’ sebuah era yang sarat dengan kisah resah gelisah serta gelora seorang sasterawan dalam menongkah sebuah kehidupan, berbaur dengan pelbagai episod yang mengitari daerah bahasa dan bangsanya. Soalnya bagaimana gelora seorang seniman menongkah kehidupan dengan pelbagai episode dalam pernyataan visual yang lebih menyakinkan sebagaimana dilakukan oleh joseph kosuth?
Mungkin beliau boleh berkolaberasi dengan nur hanim, rahmat harun, atau seangkatan dengan nya? Apakata nurhanim and geng? Ini peluang besar ni...bukan senang nak buat show dengan seniman Negara. Mungkin boleh juga...begitu keluhan nurhanim agaknya....mungkin lepas ni samad said buat installation pula.
Mungkin beliau boleh berkolaberasi dengan nur hanim, rahmat harun, atau seangkatan dengan nya? Apakata nurhanim and geng? Ini peluang besar ni...bukan senang nak buat show dengan seniman Negara. Mungkin boleh juga...begitu keluhan nurhanim agaknya....mungkin lepas ni samad said buat installation pula.
Tiba-tiba...suatu nada dari seseorang bertanya. Dia ni penyajak juga, pelukis terkenal Negara tapi belum dinobatkan lagi sebagai seniman Negara?
Aku buat sajak dan melukis juga, tapi aku melukis dalam seni lukis dan aku bersajak dalam penerbitan sajak saja. Tak pandai pula aku campur aduk – begitu keluhan latiff mohidin. Setahu ku latiff ni dah lama bersajak dan melukis.
Mungkin dengan cara latiff itu maka tergetar lah inspirasi samad said untuk membuat benda yang sama. Kerana aku penyajak, maka aku pun boleh juga rasanya melukis juga...apa salahnya, latif penyajak dia pun melukis juga, jual ribu-ribu pula!!!...aku pun nak buat serupa dia le...
tapi kalau diperhatikan secara mendalam akan keduanya mungkin agak berbeza atau mungkin sama...apa kata mu... latif dengan pago-pagonya...betul ke samad said tu...syornya eloklah samad said tu menulis novelnya lagi bagus dari melukis...sebab bahasa abstrak visualnya agak kekok....
*gambar dari web balaisenilukis negara.
Tahniah Nasir Baharudin!
ReplyDeleteTahniah Nur Hanem Khairuddin!
Tahniah A.Samad Said!
kernana menyuntik sedikit getar nafas kepada dunia seni tampak negara yang semakin longlai...
salam bro
ReplyDeletelama tak dengar berita.
Terima kasih! Bukan senang dan calang2 nak dapat perhatian tuan pakar konseptual nih
ReplyDeleteBagi yang masih blur dengan penulisan visualcracker, sila baca katalog pameran yang boleh didapati di Galeri Shop BSLN. Semuanya akan terjawab nanti (Yes!!..promosi percuma :))
hehe, tajam sinis, provokatif. Itulah Encik Naser.. :)
ReplyDeleteitulah yang kita cari! hehe.. nak jumpa & kolabo dgn latip mohidin keluar air mata darah dulu le jawabnya hehe
ReplyDeleteSpace Gambus Experiment(SGE) dah berkolaborasi dengan Pak Samad juga utk pameran ni. Menumpang glamer dia hehe.. Dapatkan album pertama SGE sementara stok masih ada di Galeri Shop BSLN atau email kamalsabran@gmail.com
Hmmm... Sasterawan Negara... Seniman Negara... Pakar Kosektual Negara... (opps Konseptual, bukan kosektual, kalu kosek, dio kosek sana kosek sening! Kah! Kah!! Kah!!!)... hmmm.. apatu? Pakar Abstrak Ekspresionis Malaysia? Kah!
ReplyDeleteAskm Tuan Naser - sorry arr, perenggan atas itu reaksi pertama saya mengenai apa yang disuratkan. Nanti la kalau senang, saya akan komen.
tuan-tuan diatas, hehe...meriah nampak. skrag dah ramai pakar. bagus le tu. jadi nak balon pun senang.
ReplyDeleteesok jumpa jgn kecik hati dah...hehehe. teman tak kira samada teman berkonsep ke atau tidak...sebab teman akan menulis semua hal. jadi jgn tak tulis..kena tulis. nak berkonsep pun boleh tak nak pung boleh. klau samad said tak respong pung boleh no hal...ajak sekali. baru le sesi-seni-seniman negara pujangga.
memang tujuan berblog untuk menyapa idea, jgn merapu dah. teman tak layan. nak berkonsep ke kena dgn paradigm ilmiah, kalau tidak wassalammu.
Kah! Kah!! Kah!!! Biar saya ketawa puas-puas dulu. (Reaksi pertama belum habis!)
ReplyDeleteHmmm. SERUM (Seni Rupa Malaysia) barangkali sedang giat dipromosikan untuk apa ya? – kalau bukan untuk ‘merakyatkan’ diri sendiri (SERUM)! Hebat sekali ya? – Bagaimana agaknya, ya?, kalau En. Naser dan saya sendiri buat satu album ghazal!?, tapi boleh ka En. Naser main itu akordian!? Atau kita ‘kolabo’ dengan Orkes Seri Maharani Muar saja?
Sekitar awal 1990an, saya ada menulis sebuah cerita mengenai kalau saya menjadi diktator di mana lagi kalau tidak di Malaysia, (cerita ini belum saya terbitkan, tunggu la kalau senang akan diterbitkan di Off Walls Off Pedestals). Ceritanya - saya memanggil semua yang mengaku sebagai artis, kurator, pengkritik atau apa saja yang berkaitan dengan senirupa dan budaya seluruhnya dan akan memusnahkan mereka samada dengan hukum tembak atau penggal kepala kerana apa?, kerana mereka semuanya (selepas diteliti dan soal-jawab kerana saya tidak mahu dianggap kejam membabi-buta) sebenarnya adalah bodoh samdol yang pandainya tidak boleh diikut dan yang bodohnya tidak boleh diajar! – memang! Memang saya berhak kata semuanya bodoh samdol kerana sayalah yang paling berkuasa di sini ini. Malaya? Tanah Melayu? Semenanjung Emas? Malaysia?
Tapi, perlu diingat – kalau saya boleh jadi diktator, tentu orang lain juga boleh, Tentu ada pula yang berangan-angan nak jadi seperti saya, maka dibuat percubaan untuk mengguling saya – percubaan nak membunuh saya. Maka saya akan membunuh pula ramai orang, apa jadi hal - Pol Pot pun boleh! Boleh!! (Kah! Kah!! Kah!!!)
Saya pasti, seperti komen En Naser, kalau kita buka penglihatan kita luas-luas, kita akan melihat berbaris-baris artis Malaysia di tangga Balai, menanti giliran untuk ditemuduga untuk dapat berpameran – lama dan ramainya bukan main, dari tahun 1960an, 1970an, 1980an, 1990an lagi. Yang tahun-tahun Merdeka pun ada yang tertunggu-tunggu lagi. Maka ramai artis Malaysia jadi seperti satu watak ciptaan Kafka yang menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu… Begitu pesimis sekali, ya?, betul ke pesimis? Atau brutal? Atau bodoh samdol?
Saya cenderong ke arah ‘membunuh’ semuanya. Demokrasi yang kononnya menyeluruh adalah cerita nafsu-nafsu manusia yang tidak pernah berkesudahan. Tahun berganti tahun, tidakkah SERUM sedar yang ‘globalisasi’, ‘kontemporari’ atau apa saja yang terlekat di pakainannya adalah terbina dari cerita nafsu-nafsu manusia yang tidak pernah berkesudahan itu saja? Budaya kita kiranya amat bombastis sekali: berjalanlah di Malaysia, lihatlah betapa ‘plastik’ semuanya, betapa banyaknya apa yang dikatakan ‘gajah puteh’, betapa banyaknya ‘himpunan sampah’ walau di bandaraya, bandar diraja, bandar, pekan, kampong, bukit, gunung, hutan? (saya pun nak promosi siri Rediscovering Our Own Malaysia di blog saya! Kah!) Dan dalam masa yang sama kita cerita pasal ‘pencapaian’, pasal ‘kecemerlangan’, pasal ‘bijaknya’ intelektual kita! Kita dah sampai angkasa lepas beb, dah main gasing kat sana, kan?
Bacaan Lanjutan:
Siri Hikayat Seniman dan Tok Bomoh Seni dari Catatan Pendeta di Rimba, Tanpa Tajuk cetakan sendiri, 1990an.
Hmmm, sebenarnya saya nak komen lebih-lebih pun tak molek juga, kerana saya tak hadiri lagi pameran yang kata luhur ini - tapi saya jadi terpanggil apabila En Naser menyuratkan peristiwa 'kenegaraan' ini: Lagi pun apabila melihat foto kedua-dua senimang dan sasterawang kita begitu kusyuk sekali, saya agak tentu ada perkara besar yang didengar itu - entah besar mana saya tak tahu la, tapi begitu asyik sekali la...
ReplyDeleteHmmm, nampaknya saya masih gagal untuk tidak ketawa!
Saya tidak ada masalah langsung jika Pak Samad nak melukis waima bermain muzik. Walaupun lukisan nya cakar ayam.
ReplyDeleteTahniah Pak Samad kerana terus produced karya yang pelbagai bentuk. Tidak terbeku dengan satu bidang sahaja.
Saya suka dan akan terus suka biarpun Najib Razak akan menulis puisi atau membuat instalasi konseptual art suatu hari nanti.
Balai Seni bukan milik pelukis, Balai Seni milik semua orang.
Di bangunan DBP pun ada mural yang jauh lebih hebat daripada mural yang ada di Balai Seni Lukis Negara. :)
Namun bangunan Kementerian Pelancongan di Shanghai tetap akan menjadi bangunan terburok dalam sejarahyang pernah dihasilkan oleh negara.
p/s: bukan lah yang terburok, one of them lah. :)
ReplyDeleteanyway, tahniah juga pada Kata Luhur team, and curatorial team. Nice hanging of series yang sangat meditative. Senang hati melihat karya Pak Samad.
Betul tu En. Saiful - pelbagaikan bentuk. Bob Dylan pun buat drawings... ada baca punya orang la.. Salam.
ReplyDeletesalam kawan-kawan.
ReplyDeletebegitulah hebatnya reaksi kita, bermakna apa yang diutarakan semacam ada tidak balas. Ini bermakna ada sesuatu mungkin benar pada pandangan kita dan sebaliknya.
untuk berkolaberasi tu memang boleh, saya dulu hanya main marakas untuk band tanpa letrik (BTL)semasa di ITM, sebelum tanpa tajuk keluar lagi. upacaranya sampai bermain di angkasa puri dan jamuan-jamuan kenamaan negara. itu kira dianggap popular le tuuuu...hehehehe.
tapi sekarang minat untuk main kata-kata pula macam samad said, tapi belum pernah buat solo show lagi mungkin akan dating . kena isi boring dgn national art gallery.. kata-kata ini tak berbunyi tapi ia bersuara. maka terkeluarlah apa yang sepatutnya berkata dari apa yang telah dikata oleh luhur kata.
namun samad said memang boleh berkarya, najib razak pun boleh, rosmah mansor pun boleh juga...berkolaberasi dengan najib buat pameran 'tekat'. kalau endon dengan kebaya dan batik, maka balai pula seharusnya menyediakan ruang untuk rosmah dan najib membuat pameran menekat. ...sure banyak yang laku. ditambah pula dirasmikan oleh Yg dipertuan agong. aku rasa ramai artis gulung tikar. kalau tak caya cuba try....
bermakna sekarang sesiapa pun boleh melukis dan mencatan atau memahat. aku rasa setiap work tu pasti akan rasa bermeditasinya dan pelbagai lagi yang bersyahdu....ditambah dengan cara yang lebih plural le katakan...tapi perlu kita ingat bahawa kita kena lihat hakikat diri sendiri. seni bukan mudah apa yang disangka. kita ada audiencenya...pembacaannya di lihat oleh pelbagai golongan, dari yang cerdik sehingga kepada yang tak berapa cerdik, dia ada levelnya...cuma pilihan itu atas kita sendiri...kalau kita pilih macam bodoh samdol - kata tsabri, maka begitulah sifatnya. dalam perkara ini samad said harus mengerti. Pada siapa sebenarnya yang ingin di tunjukkan...